Cepatnya masa bergerak, dah masuk oktober 2011. fuhh... saya perlu berhenti sebentar sambil menoleh seketika ke belakang... menelusuri segala yang telah dilakukan serta yang terjadi naturally (Semuanya dalan rancangan Allah jua). Banyak juga kejadian yang baik yang terjadi yang pada awalnya tiada rancangan kita...
Alhamdulillah, syukur to Allah for all the blessing. Bulan lepas, saya dah menerima kunci rumah pertama kami. Macam tak percaya pun ada. Sejujurnya antara 2-4 tahun yang sudah saya dan suami masih kabur dan tercari-cari dimana mungkin kami akan 'settle down', berumah tangga dengan hasil sendiri. Sejak kahwin pada Feb 2007, kami menyewa flat di Kajang kepunyaan kakak suami, kemudian berpindah ke Ipoh, mendiami pula rumah teres milik arwah ayah suami... Dengan hidup yang tak berapa stabil pada ketika itu, dengan saya yang nekad berhenti kerja di Myipo dan pulang ke Ipoh untuk bersama suami.... Terasa jauh sangat harapan untuk memiliki rumah idaman.
Maka kini, nikmat Allah yang mana lagi yang hendak saya dustakan?
Kadang-kadang usai solat saya bagaikan termenung sendiri... Rasa termalu dengan kasih sayang Allah. Siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih taat dan patuh? Siapalah saya ni yang patut terima segala kenikmatan dunia tanpa henti-henti? Namun saya berdoa dan terus meminta, moga Allah terus memberi kebahgiaan kepada saya dan keluarga. Sungguh benar saya tak mengharapkan hidup yang diselaputi kemewahan emas intan permata, apa yang benar-benar saya harapkan Allah mengurniakan nikmat moga saya dan suami serta anak-anak menjadi hambaNya yang taat dan semakin hari semakin menebal kasih dan sayang terhadapNya. Saya impikan keluarga yang menjalani kehidupan yang ringkas dan sederhana namun sangat bahagia dengan kasih sayang Allah....
Mana mungkin Allah tidak mendengar doa kita...
Saya teringin benar untuk mengerjakan umrah. Moga-moga perubahan positif mengiringi saya dan keluarga sekembali dari sana... bila? macammana duit dah cukup ke? anak-anak? Entahlah... biarlah seya serahkan segalanya kepada Dia... Sesungguhnya perancangan Allah amatlah Hebat...
Alhamdulillah, tergamam tengok harga emas semalam... RM190/g for 916, RM210/g for 999. fuhhh.... sangat tinggi dan kenaikan yang mendadak. alhamdulillah bagi saya dan kawan2 yg lain yg menceburkan diri dalam benda2 emas ni, even my portion tu amat la sikit berbanding org lain, tapi itu pun dah cukup membuatkan hati berbunga riang. rezeki masing-masing cukup la tu ... :)
Daripada penilaian pakar-pakar kenaikan ini tak reach max peak lagi, still boleh naik, mak aiii... tak pernah terbayang harga emas se gram cecah RM200. Ingat lagi masa bercinta dulu, hb mampu membeli cincin sebagai tanda 'I cop U' dlm harga RM100+ aje, tu pun dah cantik. Pastu bila dah lama skit dapat lagi satu cincin yang ditempah dengan mutiara Sabah pemberian ibu mertua... hihihih. Skarang ni cincin sebentuk pun dah cecah RM500+...
Saham pada waktu ini menerbitkan wajah-wajah suram para pemainnya. Sabarlah. Itulah hakikat pelaburan, at one time we're smile, masa lain kita terkedu tersedu.
Walau apepun, semoga segala harta benda perhiasan dunia ini tidak sedikit pun dapat melalaikan aku dan semua umat manusia. Sesungguhnya syurga Allah itu jauh lebih indah dan nikmat berbanding dunia fana ini. Insyaallah.
Saje2 je nak cerita, kelakar pun ade, bukannya aku g melancong jauh sgt, nk tulis ber-part semua ni, saje suka2... alkisahnya as coincident, aku buka website air asia awal jun, tertengok tambang murah ke kuching, pastu called hubby tanye pendapat, then dia pun bg greenlight to me, so aku pun booking la 5 tiket untuk ke kuching pada awal Julai...
Tujuan utama ialah untuk anak tercinta yang dah 2thn lebih, asyik dok cite nak naik 'awan dania'. sian la pulak... so mungkin ini la peluang terbaik nak merasakan dia jumpa dengan all the danias with the short red skrit. :)
bila mengandung, macam-macam mengidam datang...
satu subjek mengidam aku yang agak pelik akhir-akhir ini, ialah mengidam nak tukar kerjaya. hahahah. kerjaya aku sekarang ni dah cukup bagus pada aku dan alhamdulillah menepati segala kriteria kemampuan dan kepakaran ilmu sejengkal di dada ni, tapi aku amatla teringin nak masuk ke satu alam kerjaya yang lain...
Dengan penuh keazaman dan doa, aku mengisi online.... manalah tau, rezeki anak dalam perut, moga segala impian menjadi realiti. bak kata orang, kalau kita tak cuba, kita takkan tau rezeki kita. tiada satu pun yang mustahil selagi ada kemahuan dan melalui landasan yang betul :)
Alhamdulillah, betullah janji Tuhan, selepas susah akan ada senang... selepas hujan akan muncul cahaya... Walau dlm keadaan mana sekali pun inilah realiti sebuah kehidupan. aku ambil contoh situasi kehamilan aku aje... contoh yang amat kecil yang mungkin terkait juga dengan kata2 hikmah tu...
Hari berganti, insyaallah dlm 2mggu lagi emak n hannah akan balik ke sini, gembiranya tak terkata. adalah peneman dan tempat bermanja. sesungguhnya walaupun letih melayan kerenah hannah tu, tapi kalau sehari tak 'diganggu' dia, hidup seperti ada yang terkurang. bila berdua dengan suami, kadang2 kami berbual, mengenangkan betapa sunyinya hidup kami jika tanpa hannah. walaupun keletihan melayan kerenah dia yang 'macam-macam' tapi itulah sebenarnya hiburan yang juga penenang jiwa. alhamdulillah. syukur sangat dengan anugerah Tuhan. Takde ape yang terkurang dalam setiap pemberianNya.Beberapa hari lepas, aku dengan rasa yang agak sihat, menyinggah ke beberapa tempat, dapatla beberapa pasang baju untuk hannah. sambil2 berjalan tu terjerat juga di mens department, dapat juga beberapa items untuk suami. puasnya hati. takpe aku punye takde yang terpikat, lagipun kebetulan dapat 'beg' percuma bila sign up untuk ibu mengandung di sebuah kedai barangan bayi.... kira tu hadiah aku la tu :) cuma hujung minggu ni nak ajak suami kalau ada masa terluang ke jusco mencari skirt dan seluar for preggy mom, rasa dah tak selesa berbaju kurung, kainnya dah terasa semakin ketat dan merimaskan....


