Semalam saya sempat ke tabung haji, cadangnye nak menambah simpanan dan tujuan utama nak buka akaun untuk anak2 bertuah, Hannah dan Daniyal. Hannah dah ada AS Didik, tapi untuk adiknye kena tunggu 6bln baru boleh buka ASD. So saya cadang buka akaun TH dulu, dan buat skit potongan gaji ke akaun TH mereka.
Selesai ambil borang yang berkaitan, saya balik ke opfis, tk sempat nk settlekan hari yg sama. sampai ofis saya isi la borang. tiba2 terperasan ejaan nama daniyal ada yang tak kena. Muhamad Daniyal... sepatutnya Muhammad Daniyal... saya terus call suami, sebab dia yg uruskan segala proses sijil kelahiran, rupanye suami memang isi borang dengan ejaan yang kurang satu 'm'..... alahaiiii suami bertuah...
geram pun ada, nak gelak pun ade..... takpelah, nak wat camno dah jadipun... :)
Saje2 je nak cerita, kelakar pun ade, bukannya aku g melancong jauh sgt, nk tulis ber-part semua ni, saje suka2... alkisahnya as coincident, aku buka website air asia awal jun, tertengok tambang murah ke kuching, pastu called hubby tanye pendapat, then dia pun bg greenlight to me, so aku pun booking la 5 tiket untuk ke kuching pada awal Julai...
Tujuan utama ialah untuk anak tercinta yang dah 2thn lebih, asyik dok cite nak naik 'awan dania'. sian la pulak... so mungkin ini la peluang terbaik nak merasakan dia jumpa dengan all the danias with the short red skrit. :)
kebelakangan ni dasar jimat cermat telah dilancarkan... hihihhi. kami suami isteri dah mula mengatur kewangan semula, atas faktor utama, rumah comel kami telah siap... tunggu CF aje, jadinye segala bajet untuk grill, cabinet dan lampu lampi perlu diambil kira... =)
Berdebar juga nak masuk rumah baru, walau pun comel aje, tapi itulah rumah pertama kami. Insyaallah, mudah-mudahan segalanya lancar....
Bersawang sudah diari ni, sekitar Mac yang penuh dengan pelbagai program kerjaya dan personal yang menuntut pengorbanan masa dan perhatian, maka aktiviti menulis di sini terpaksa diabaikan seketika. Awal Mac aku dikejutkan dengan arahan utk menghadiri meeting selama seminggu di Kl, huwaaa... memang dah tau, cuma tarikh belum ditentukan, tiba2 aje, tau hari ni, esoknya meeting... tak ke dah macam org gila, study mcm nak seat for SPM paper, mana taknya, aku mewakili jabatan sebagai penasihat teknikal, buatnya ditanya soalan2 teknikal oleh para pegawai atasan tentera, aku patutnya dapat menerangkan dengan jelas, terperinci dan penuh yakin... apalagi, segala macam buku mak nenek aku angkut ke bilik hotel, study sampai pukul brape aku tak pasti. perasaan gementar dan risau memang tak dapat aku hilangkan... Namun alhamdulillah, aku berjaya juga mengikuti meeting tu dari awal sampai habis, membantu pihak terbabit membuat keputusan pembelian minyak dalan kuantiti yang besar. Moga keputusan tersebut adalah suatu keputusan yang bijak dan menguntungkan. Alhamdulillah, suatu pengalaman yang berharga untuk aku juga untuk peningkatan kerjaya aku... :) Kemudian terus ke Bukit Fraser untuk 2 minggu pulak. tak masuk ofis lansung... huwaaa... aku dapatbayangkan jumlah testing yang aku kena keluarkan reportnya pasti menimbun di atas meja ofis. Alhamdulillah, walaupun berat hati, akhirnya berjaya juga mengakhiri 2mggu di puncak bukit Fraser... Kesejukan Fraser's Hill tu membuatkan kulit aku mengelupas teruk... huhuhuh. Sekembali ke ofis minggu terakhir Mac, dengan kesibukan menyiapkan tugas-tugas yang tertangguh, aku dah rasa tak sedap badan... Pelik pulak, kalau dulu, makan sentiasa berselera, makan sentiasa habis, jarang bersisa, ini tak, makan pun tak abis, selera pun tak ade... rupanya aku dah berbadan dua tiga empat... :) Alhamdulillah.... Terima kasih Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Dan sampai ke hari ni, aku masih menjalani hari-hari dengan dugaan alahan awal kehamilan yang agak teruk juga. Muntah tak kenal masa dan makan tak berapa lalu... Tapi takde la pulak rasa terbeban, Insyaallah akan aku hadapai dengan hati yang terbuka dan redho, sesungguhnya anugerah Tuhan ini sangat bernilai.... Cumanya aku sentiasa berdoa agar alahan yang aku hadapi ini, tak la seteruk mana, supaya aku masih mampu melakukan tanggungjawab aku dengan baik dan tak membebankan sesiapa....

Dia ni bernama CANON EOS 550D... Alhamdulillah setelah kebuntuan untuk memilih hadiah sempena harijadi suami yang akan menjelma beberapa hari lagi, akhirnya dengan penuh yakin saya memilih untuk menghadiahkan sebuah/sebiji/setongkol kamera... hihihih.
Disebabkan tak pandai bab-bab kamera ni, so saya kena la refer pada yang pakar. Kebetulan sepupu yang sedang mengaji mass com di uitm memang memiliki sebuah DSLR dan rasanya pakar la jugak berbanding saya ni. Dengan sepenuh keyakinan dan kepercayaan, saya minta dia belikan sebuah kamera DSLR tanpa specific sebarang brand apatah lagi model. Saya cuma serahkan sejumlah bajet saya, dan terpulanglah pada sepupu saya tu untuk membeli. Dia berjanji akan dapatkan yang terbaik dalam bajet yang saya berikan.
2 hari kemudiaan, saya ke rumah sepupu untuk ambil kamera yang dibeli. Fuhhh... sukanya. Alhamdulillah. Saya janji nak belanja dia makan nanti sebagai tanda 'TQ!'. (mula2 plan nak suruh dia simpan aje baki duit, tp rupanya baki hanya RM1... hahahaha).
So 2nd step pulak, camne nak sampaikan hadiah. Dipendekkan cerita, hadiah tu dah pun diterima oleh empunya badan walaupun birthday date tu lom sampai lagik, sungguhlah gumbira tak terhingga, di ibaratkan seekor beruang mendapat madu, bagaikan pungguk memdapat bulan... hihihih, dan bagai budak kecik mendapat mainan. Tak terfikir kot, saya 'sangat memahami' kemahuan dia... :)
Above all, sayalah yang paling bahagia, bila mampu memberikan sedikit kegembiraan pada org lain, apatah lagi insan2 yang tersayang.... Ni la juga salah satu dari azam aku tahun ni, untuk lebih MEMBERI....
Semalam kami sekeluarga meluangkan masa meninjau-ninjau bakal kediaman kami. Actually belum siap lagi pun, baru 85% aje camtu. Tembok pagar baru tengah bina. Tapi bila masuk, dapatlah nampak dah serba sikit gambaran rumah tu nanti. Hari ni kepala ni asyik terpikir aje untuk survey design kitchen cabinet dan brand yang sesuai hood & hob... Berpinau mata tengok gambar2 di internet ni, cun2 belaka... takpe la. Yang pastinya sentiasa ingatkan diri untuk membuat pilihan mengikut citarasa dan kemampuan.
Serba sedikit yang dapat di snap petang semalam...

Semalam balik dari UTP, sampai umah macam biasa terus main2 dengan Hannah, lupa skejap penat 1h driving. tengok dia gelak, jerit pekik, lari sana sini... semua beban di kepala aku pun hilang entah kemana. tq sayang, U such a good therapy for mama. tak payah mama spend untuk therapy kat mana2... hihihi
Tengah aku relek2 tu, emak bgtau maksu ada call, paksu baru lepas check-up, sepatutnya dia menunggu tarikh for next operation untuk sambungkan usus dia semula... tapi lain pula cerita. sedih sangat bila emak cakap yang Dr bgtau cancer cell tu dah spread out ke hati pula. OMG, Tuhanku besarnya dugaan ini. Satu lagi checkup akan dibuat, kalau tak byk cell cancer pada hati, masih boleh operate buang cancer cell pada hati tu, tapi kalau dah terlalu banyak, tiada apa yang dapat dilakukan. mak cakap, paksu taknak operate buang hati tu, biar apepun keputusannya...
Tergamam aku. sepatah perkataan pun tak terucap dari mulut aku waktu tu. aku tak tau ape patut aku cakap. yang menanbahkan sedih, mak bgtau lagi, kebetulan Tini (anak sulung paksu di Mesir) call paksu nak tanye result checkup tu... nak tak nak diorang kena juga bgtau, supaya andai sesuatu terjadi, dia dah bersedia, for at least!. Ya Allah, Maha Besar Engkau, betapa kecilnya aku, rasanya takterdaya untuk dugaan sebesar ini...
Malam tadi, walaupun byk aktiviti aku buat, namun hati kecil ni tak berhenti asyik terfikir pasal paksu. kesian, sedih, sayu, pilu, semua dah bercampur baur. Apa yang aku mampu buat? aku hanya dapat mendoakan segala yang terbaik buat paksu, aku doakan semoga dia diberi kesihatan yang berpanjangan, dimudahkan segala urusan. dia orang baik, semoga dia tabah menghadapi ujian terhebat ini...

Semalam hari IBU, EMAK, MOMMY... slamat sejahtera untuk emak, semoga emak bertambah sihat, bertambah ceria, bertambah bahagia... semoga segala keindahan di dunia ini dihadiahkan kepada Emak!
Aku bersyukur dianugerahkan seorang emak yang amat penyayang... (rasanya semua emak dalam dunia ni macam tu..) Emak bukan saje menjaga aku masa aku kecil aje, malah sampai sekarang pun masih dok jaga aku lagi.. heheh. mak tinggal dengan aku :) so walaupun aku juga bergelar 'mama' skarang, but still aku anak mak. aku still makan masakan mak tiap2 hari, aku still dengar suara mak tiap2 hari, still mak kejut aku bangun pagi kadang2... still mak urut perut aku time aku sakit perut, still mak tolong kemas bilik aku kalau aku kuar rumah awal tapi Hannah still tido lagi... bangak lagi yang aku masih merasai nikmat bersama emak... Ahamdulillah Ya Rabbi, nikmat terbaik Mu amatlah aku syukuri.
Slalu aku terfikir, atas segala kebaikan emak pada aku adik-beradik, juga pada aku dan keluargaku (Mr hubby n Hannah), apa yang emak dapat??? kalau emak tak susah payah layan kami pun kami tetap sayang emak, tatap bg 'elaun' bulanan, tetap bawak mak jalan2.... dan tetap mak adalah segalanya! ayat biasa aku time mak sibuk2 masak macam2 bila tau adik beradik aku nak balik... " udahle mak, wat ape nak susah2 sangat..." tapi sebenarnya apa yang kita tak tau ialah, segala benda yang kita anggap susah tu, sebenarnya mak gembira lakukan untuk anak-anaknya. pada mata kita nampak susah, tapi pada hati mak, dia rasa bangga, gembira dapat buat segala-gala untuk anak-anaknya. gembira bila anak cucu menjamah masakan air tangan dia, hilang segala penat lelah bila cucu puji masakan 'killer' dia.. hehehe, ini tugas anak Yong yang memang suka memuji orang... bodek le, tapi rasanya budak-budak tu ikhlas....
Aku lagi faham bila aku 'menjadi' ibu. bila Hannah lahir, when my 1st time saw her, hati dah tersentuh, outomatik dah set in mind, aku akan beri segalanya pada dia, akan cuba buat segala yang terbaik untuknya. Ujian pertama aku, rasanya umur Hannah dalam 3minggu, time potong kuku dia yang comel aku terkepit skit isi, berdarah skit jari dia, huwaaaaa..... aku yang menangis lama, dia menangis kejap aje, rasanya nak aje aku potong jari aku kalau itu boleh buat dia tak sakit. Sedih betul, rasanya berhari-hari gak la aku rasa bersalah...
Banyak lagi, tapi tak sanggup nak tulis dah, rasanya ter'menangis' aku jap lagi... gelak je member2 lab aku ni kang!
tapi yang pasti aku amat lah rasa bersyukur, dalam usia begini, masih dapat merasai kasih sayang emak dan emak mertua...



