bila mengandung, macam-macam mengidam datang...
satu subjek mengidam aku yang agak pelik akhir-akhir ini, ialah mengidam nak tukar kerjaya. hahahah. kerjaya aku sekarang ni dah cukup bagus pada aku dan alhamdulillah menepati segala kriteria kemampuan dan kepakaran ilmu sejengkal di dada ni, tapi aku amatla teringin nak masuk ke satu alam kerjaya yang lain...
Dengan penuh keazaman dan doa, aku mengisi online.... manalah tau, rezeki anak dalam perut, moga segala impian menjadi realiti. bak kata orang, kalau kita tak cuba, kita takkan tau rezeki kita. tiada satu pun yang mustahil selagi ada kemahuan dan melalui landasan yang betul :)
Aku bekerja sebagai pegawai penyelidik... sekali dengar bunyinye seperti sebuah 'kerjaya' yang buat survey... tidak sama sekali, my core business ialah research, field of reseach tu pulak, bergantung pula pada unit yang aku kendalikan.
Alhamdulillah aku di tempatkan di unit POL, iaitu petroleum lab, mengendalikan sebuah lab untuk pengujian minyak, bukan saja petroleum termasuk juga segala jenis lubricants, coolant, air tawar... Boleh dikatakan apa saja yang dipohon oleh pihak tentera terutama nya Navy, dan TUDM. Selain itu aku juga disarankan untuk menjalanakan R&D untuk projek tertentu atau internal projek.
Ni la yang menuntut segala kebolehan dan idea kreatif aku. Masa ni la aku perlu memerah otak menjana idea untuk menjalankan sebuah projek penyelidikan. Bunyi macam senang, tapi tak sesenang yang di'bunyikan'. Masa ni la aku kena banyakkan membaca artikel2, journal2 yang serba sedikit boleh mencetuskan idea.
Masa di Universiti dulu senang skit aku rasa, sebab kita buat research berpandukan idea yang diberi oleh SV. Memang kita bermati-matian buat labwork, cari journal bagai, tapi at least reseach design tu dah di lakarkan serba sedikit oleh SV kita. Tapi bila dah kerja ni, masa ni la menuntut segala kemahiran, ilmu dan daya kreatif kita untuk diaplikasi di tahap yang paling optimum.
So tahun baru ni, aku sepatutnya dah dapat skit idea untuk internal projek aku sendiri yang dibantu subordinates, tapi still blur2 lagi... huhuhuh. Risau juga ni, masa berjalan, tapi insyaallah... boleh tu. hihihih.
Ya Allah, permudahkanlah urusan dan terangilah hati hambaMu ini, jadilah aku seorang yang berjaya dan kreatif dalam kerjaya ku amin.

Lamanya tak update blog. rasanya sebagai blogger, aku ni dah dikira tak bertanggungjawab sebab tak post bahan2 baru... hihhiihh
skarang aku ni dah joint Stride under Mindef as a government servant. ape komen aku? entahla, mungkin terlalu awal kalau aku nak komen lebih2 pun, bak kata orang tak kenal maka belum tentu cinta ke tak cinta, so aku reserve dulu komen2 aku tu dalam hati....
apa2 pun selama 3 minggu ni, aku masuh tak pasti 'kerja' aku lagi... opppsss ( adakah ini boleh dikira komen?)