Rasa Bernama Kehidupan

Corat coret perisa hidup aku...

Semalam kami sekeluarga meluangkan masa meninjau-ninjau bakal kediaman kami. Actually belum siap lagi pun, baru 85% aje camtu. Tembok pagar baru tengah bina. Tapi bila masuk, dapatlah nampak dah serba sikit gambaran rumah tu nanti. Hari ni kepala ni asyik terpikir aje untuk survey design kitchen cabinet dan brand yang sesuai hood & hob... Berpinau mata tengok gambar2 di internet ni, cun2 belaka... takpe la. Yang pastinya sentiasa ingatkan diri untuk membuat pilihan mengikut citarasa dan kemampuan.

Serba sedikit yang dapat di snap petang semalam...




dapur kering...




dapur basah...




Alhamdulillah... syukur apabila jumaat lepas aku telah menerima dinar emas pertamaku setelah hampir sebulan membaca situ sana sini mengenai emas ni. Hati melonjak2 untuk membeli tapi asyik dok bertangguh2 saje, dari hari ke hari harga makin naikkk...


Insyaallah bulan depan nak upgrade ke dealer status pula... :)



Dah hampir 3 bulan aku berjinak2 dgn produk collagen. Brand yang aku guna ialah My Girl (bukan nak promote ye...). Sebenarnya banyak brand lain2 lagi, tapi alhamdulillah yang ni paling sesuai dgn kemampuan citarasa tekak dan badan aku untuk terima juga yang paling penting sesuai dengan poket juga! :)


Aczema aku dah beransur kurang sangat2... Alhamdulillah, rupanya bukan saja kena jaga luaran tapi pengambilan suppliment juga penting untuk sembuhkan eczema tangan aku yang teruk. So far plan nak teruskan minum collagen ni even dah sembuh sepenuhnya, sebab menurut kajian yang aku baca, bila meningkat umur 30an collagen dalam badan semakin berkurang, dan amatlah digalakkan mengambil suppliment collagen. Nak brand ape, terpulang kepada citarasa dan juga budget masing2...


note; kulit pun terasa smooth aje berbanding dulu... (perasaan@perasan...) hhihhi

Aku bekerja sebagai pegawai penyelidik... sekali dengar bunyinye seperti sebuah 'kerjaya' yang buat survey... tidak sama sekali, my core business ialah research, field of reseach tu pulak, bergantung pula pada unit yang aku kendalikan.

Alhamdulillah aku di tempatkan di unit POL, iaitu petroleum lab, mengendalikan sebuah lab untuk pengujian minyak, bukan saja petroleum termasuk juga segala jenis lubricants, coolant, air tawar... Boleh dikatakan apa saja yang dipohon oleh pihak tentera terutama nya Navy, dan TUDM. Selain itu aku juga disarankan untuk menjalanakan R&D untuk projek tertentu atau internal projek.

Ni la yang menuntut segala kebolehan dan idea kreatif aku. Masa ni la aku perlu memerah otak menjana idea untuk menjalankan sebuah projek penyelidikan. Bunyi macam senang, tapi tak sesenang yang di'bunyikan'. Masa ni la aku kena banyakkan membaca artikel2, journal2 yang serba sedikit boleh mencetuskan idea.

Masa di Universiti dulu senang skit aku rasa, sebab kita buat research berpandukan idea yang diberi oleh SV. Memang kita bermati-matian buat labwork, cari journal bagai, tapi at least reseach design tu dah di lakarkan serba sedikit oleh SV kita. Tapi bila dah kerja ni, masa ni la menuntut segala kemahiran, ilmu dan daya kreatif kita untuk diaplikasi di tahap yang paling optimum.

So tahun baru ni, aku sepatutnya dah dapat skit idea untuk internal projek aku sendiri yang dibantu subordinates, tapi still blur2 lagi... huhuhuh. Risau juga ni, masa berjalan, tapi insyaallah... boleh tu. hihihih.

Ya Allah, permudahkanlah urusan dan terangilah hati hambaMu ini, jadilah aku seorang yang berjaya dan kreatif dalam kerjaya ku amin.



salah satu sudut lab POL... masih di bangunan lama, 2012 insyaallah pindah...


Alhamdulillah... syukur Allah beri kesempatan untuk menikmati kehidupan di awal tahun 2011. walaupun agak lambat juga aku menulis di tahun baru, dah masuk minggu ke dua pun, tapi tetap juga nak buat satu posting berkenaan tahun baru.

Sedang semua orang sibuk nak ke tahun 2010, aku dikejutkan dengan pemergian subordinate aku iaitu En Talib, pada 29.12.2010. Arwah berumur 51thn, meninggal sebab serangan jantung. hari sebelum tu dia masih datang bekerja, memang dia tak berapa sihat, tapi pemergian dia sangat mengejutkan dan aku terasa sangat sebab dia juga tempat rujukan aku dalam banyak perkara. Semoga arwah dicucuri rahmat dan moga segala ilmu dan jasa baik arwah diberi ganjaran pahala.

Walaupun tahun baru, kehidupan tetap seperti biasa. pergi kerja balik kerja. bila la nak pencen agak2nye. hihihi. Takdelah, aku belum puas bekerja lagi, kalau pencen mau mati kutu aku dibuatnya. Tahun baru ni biasa la mesti nak set azam baru, even last ye punya azam pun tak tentu dah capai ke belum....

Azam aku tak banyak sangat pun ada 2 aje:

1. Nak tambah baik solat - solat di awal waktu, solat dgn ikhlas bukan kerana rutin
2, Nak berjimat - bukan ikat perut tapi belanja dengan berhemah

Ni aje dua azam aku tahun ni.... agak2 mampu ke aku buat? kalau nak semua boleh... Insyaallah.


Selain dari tu aku gak dah tanggalkan implanon aku 3rd Januari aritu... yeyehhhh. Buat kat klinik swasta kat Manjung aje. Alhamdulillah, semuanya lancar aje, memang la sakit skit tu pun bila ubat bius dah hilang, tp tak la sakit sgt, macam sakit jari terpotong pisau aje. Insyaallah aku dan suami planning nak tambah anak tahun ni, Hannah pun dah nak masuk 3thn, rasanya dah sesuai sgt dah. Moga2 doa kami diperkenankan Allah.


Lengan kanan - sebaik saje keluar klinik

Rasanya kalau kita singgah mana2 blog pun, salah satu posting mesti mengenai keterbatasan waktu untuk menulis dan update blog. Ye la di zaman kita semua sibuk mengejar itu dan ini, perkara yang paling utama perlu diberi lebih peruntukan masa dan perhatian. Kalau ikutkan memang rindu sgt nak menulis sebaris dua di blog dan menjenguk blog kawan2 mengikuti perkembangan hidup masing2, tapi itulah... MASA yang tak pernah cukup...

Kalut-kalut mengejar itu ini, baru aku tersedar tinggal 21 aje lagi nak meninggalkan tahun 2010. Fuhhh.... secepat kilat masa berlalu, perubahan hari ke minggu, dari minggu ke bulan, dah nak berakhir. So aku nak menoleh ke belakang sekejap melihat apa yang telah terjadi padi diri aku dan family sepanjang 2010. Yang pastinya banyak 'kejutan' yang berlaku. Banyak perubahan yang terjadi di luar perancangan malah ada juga yang di luar janngkaan sama sekali. Itulah kerja Tuhan, mana mungkin akal kita yang sejengkal ini mampu melangkau masa....

2010, aku dpt peluang sambung belajar...
2010, aku join government services...
2010, aku pindah ke Kajang, then pindah pula ke Lumut...
2010, aku kehilangan PakSu selama-lamanya...
2010, aku membeli rumah... (opss, ni KAMI... hihihi)
2010, aku masih menyusukan Hannah... 12/12 ni genap 2tahun...
2010, tahun ke-3 menjadi isteri suami yang aku cintai...


Alhamdulillah, tak cukup rasanya ucapan itu untuk gambarkan betapa bersyukurnya aku atas segala kurniaan dan 'surprise' yang Allah hadiahkan pada aku. Kalau ada manusia yang sujud syukur kemudian bangun dan kembali sujud syukur semula... orang itu adalah aku. Sesungguhnya perancangan kita yang besar rupanya tak seinci pun dapat menandingi perancangan Dia...

Harapan aku untuk 2011 yang akan menjengah, moga aku dapat pula lebih 'memberi' berbanding menerima... aku ada planning untuk mak dan abah, moga2 dapat tertunai dalam 2011 nanti. Juga berhajat nak tambah ahli keluarga sebagai 'hadiah' untuk suami dan Hannah.... hehehe. Insyaallah.

Lamanya tak update blog. rasanya sebagai blogger, aku ni dah dikira tak bertanggungjawab sebab tak post bahan2 baru... hihhiihh

skarang aku ni dah joint Stride under Mindef as a government servant. ape komen aku? entahla, mungkin terlalu awal kalau aku nak komen lebih2 pun, bak kata orang tak kenal maka belum tentu cinta ke tak cinta, so aku reserve dulu komen2 aku tu dalam hati....

apa2 pun selama 3 minggu ni, aku masuh tak pasti 'kerja' aku lagi... opppsss ( adakah ini boleh dikira komen?)

About this blog

Ini medan aku meluahkan rasa, mencoretkan kenangan, mengadu luka, memcipta semangat jiwa... Hanya untuk aku sebagai buah tangan dan panduan di hari depan, namun tidak juga lokek jika ada yang ingin sekadar berkongsi...

Ehem-Ehem


ShoutMix chat widget

Followers

Visitors

Search This Blog