Sedar tak sedar Hannah tu dah nak masuk skolah dah tahun depan... walaupun hakikat sebenarnya dia masih 2thn 11 bln skrg, (dec ni baru 3thn), tapi sistem persekolahan di Malaysia ni membolehkan dia layak ke skolah tadika Januari 2012 sebagai kanak-kanak berusia 4 tahun... :)
So semalam, di sebabkan saya mc kerana selsema yang teruk, suami pun tak sanggup 'meng-EL' kan diri juga, ialah kesian kot nak biarkan saya ke klinik sendiri dalam kekurangan keupayaan saya di waktu ni... perut lagi mana nak layan selsema lagi, dah sah-sah hannah tu nak mengekor aje....
lepas zohor, bila keadaan kesihatan saya dah agak stabil, suami mengajak untuk saya ke skolah yang kami berdua berkira untuk hantar Hannah tahun depan. Sampai je, kami di terangkan details berkenaan sesi, yuran, silibus dan beberapa perkara yang berkenaan.
Aduhaiii... agak terkejut jugak la saya, ye la tak pernah ada anak skolah, bila dengar yuran aje sekitar RM680-780. (Seingat saya ni dah macam yuran saya sekolah menengah dulu ni...).Bulanan RM150, fuhh, ni la zaman sekarang, tu takde transportation cost lagi tu, sebab memandangkan Hannah tu kecil sgt lagi, suami mohon jasa baik saya untuk hantar dan amik Hannah tiap2 hari.... Insyaallah dengan rela hati saya, demi anak tercinta... Tapi suami nampaknya macam tiada masalah dengan angka2 tersebut, saya ada juga cadangkan agar kami ke beberapa buah sekolah yang lain yang lebih murah agar tak menambahkan beban kepada suami, tapi suami semacam dah suka sangat dengan sekolah tu. Saya ni senang aje, apa yang baik kata suami, saya menurut aje, selagi tak bebankan dia, takpelah.... Mungkin dah rezeki Hannah. Alhamdulillah syukur.
Insyaallah, Hannah akan memulakan 'alam' baru dalam kamus hidup dia di sekolah tersebut bermula tahun depan. Harapan 'mama' ni moga Hannah rajin2lah belajar, pandailah membawa diri, belajar erti persahabatan.... moga menjadi anak yang solehah dan taat pada Tuhan dan ibubapa :)