Alhamdulillah, betullah janji Tuhan, selepas susah akan ada senang... selepas hujan akan muncul cahaya... Walau dlm keadaan mana sekali pun inilah realiti sebuah kehidupan. aku ambil contoh situasi kehamilan aku aje... contoh yang amat kecil yang mungkin terkait juga dengan kata2 hikmah tu...
Selepas melalui fasa awal kehamilan yang 'agak mencabar' bagi aku yg tak berapa tough ni... seorang diri, sebab emak n hannah di kampung menjaga adik bongsuku yang dalam pantang, aku berjaya juga harunginya. Selama hampir 2bln aku tunggang langgang seorg di rumah, balik keje terus mencari juadah, balik ke rumah belum tentu juadah tu mampu dijamah... kadang2 beli untuk dibung saja. Menangis la aku seorg diri, sedih sebab perut lapar, tapi lidah tak dapat terima... suami la tempat mengadu, telifon menjadi medium komunikasi yang paling berjasa...
Hari berganti, insyaallah dlm 2mggu lagi emak n hannah akan balik ke sini, gembiranya tak terkata. adalah peneman dan tempat bermanja. sesungguhnya walaupun letih melayan kerenah hannah tu, tapi kalau sehari tak 'diganggu' dia, hidup seperti ada yang terkurang. bila berdua dengan suami, kadang2 kami berbual, mengenangkan betapa sunyinya hidup kami jika tanpa hannah. walaupun keletihan melayan kerenah dia yang 'macam-macam' tapi itulah sebenarnya hiburan yang juga penenang jiwa. alhamdulillah. syukur sangat dengan anugerah Tuhan. Takde ape yang terkurang dalam setiap pemberianNya.
Beberapa hari lepas, aku dengan rasa yang agak sihat, menyinggah ke beberapa tempat, dapatla beberapa pasang baju untuk hannah. sambil2 berjalan tu terjerat juga di mens department, dapat juga beberapa items untuk suami. puasnya hati. takpe aku punye takde yang terpikat, lagipun kebetulan dapat 'beg' percuma bila sign up untuk ibu mengandung di sebuah kedai barangan bayi.... kira tu hadiah aku la tu :) cuma hujung minggu ni nak ajak suami kalau ada masa terluang ke jusco mencari skirt dan seluar for preggy mom, rasa dah tak selesa berbaju kurung, kainnya dah terasa semakin ketat dan merimaskan....
Dengan rendah hati aku memohan kepada Allah, semoga hari-hari mendatang semakin membahagiakan...