Rasa Bernama Kehidupan

Corat coret perisa hidup aku...

hihihih... mcm kelakar aje tajuk posting aku kali ni... tapi tu la yang sebenarnya. alhamdulillah alahan dan segala mak nenek morning sickness dan berkurang, but still ada muntah2 lagi kadang2 pagi, kadang2 malam, walau apepun memang dah kurang sangat2.... lega... stage yg mencabar dah berjaya dilepasi....

sekarang pulak stage mengada2... semua nak. nafsu makin meninggi... opsss maksud saya nafsu makan, nafsu shopping, nafsu nak g jalan2... nafsu yg lain tu 'secret'.... rahsia rumah tangga dh tu :)

skarang ni dah boleh makan dlm kuantiti yg lebih banyak, tapi depends pada environment gak. kalau makan ramai2 lagi selera. kalau sorang2 tu kadang2 buang saja apa yang dibeli....

tak sabar nak tunggu mak dan hannah balik ke manjung. lamanya rasa, betulla orang tua2 kata penantian tu satu penyiksaan....


Aku ni pendiam ke? hihihi. di ofis aku ni, akulah antara pegawai yang pendiam... start masuk sini sampai sekarang, aku pernah aje bertegur sapa dengan semua org, tapi lebih kepada tanya kabar aje, nak sembang berlebih-lebihan cerita ceriti aku memang tak berapa berbakat. aku lebih banyak bergaul dgn subordinates aku tu pun sebab nak belajar dan bertanya mengenai kerja2 lab dan perkara2 rutin, even dgn officer lain sembang perkara2 asas dan surface aje.... dah memang aku macam tu.

Alhamdulillah, rupanya banyak juga positive impact jika kita berdiam dari pada banyak mulut... kita tak menyakiti sesiapa, kita juga tak nampak pandai terover. biasa-biasa aje... aku ingat sangat beberapa petikan daripada nasihat Luqman alHakim kepada anak-anaknya. Antara yang mungkin boleh dikongsi bersama dan paling terkesan pada aku...

"Diam itu adalah hikmah dan sedikit sekali orang yang mahu melakukannya."
"Dengan berkata benar dan diam dari sesuatu yang tidak bermanfaat maka darjatku terangkat."

kebelakangan ni dasar jimat cermat telah dilancarkan... hihihhi. kami suami isteri dah mula mengatur kewangan semula, atas faktor utama, rumah comel kami telah siap... tunggu CF aje, jadinye segala bajet untuk grill, cabinet dan lampu lampi perlu diambil kira... =)

Berdebar juga nak masuk rumah baru, walau pun comel aje, tapi itulah rumah pertama kami. Insyaallah, mudah-mudahan segalanya lancar....

About this blog

Ini medan aku meluahkan rasa, mencoretkan kenangan, mengadu luka, memcipta semangat jiwa... Hanya untuk aku sebagai buah tangan dan panduan di hari depan, namun tidak juga lokek jika ada yang ingin sekadar berkongsi...

Ehem-Ehem


ShoutMix chat widget

Followers

Visitors

Search This Blog