Sedikit gambar-gambar kenangan waktu ke Melaka aritu... Silapnya saya tertinggal charger kamera pulak. So ni ajelah antara yang sempat di snap... ada lagi skit, nanti2 lah, sambung di posting yg lain... (kemalasan melanda...)
Dia ni bernama CANON EOS 550D... Alhamdulillah setelah kebuntuan untuk memilih hadiah sempena harijadi suami yang akan menjelma beberapa hari lagi, akhirnya dengan penuh yakin saya memilih untuk menghadiahkan sebuah/sebiji/setongkol kamera... hihihih.
Disebabkan tak pandai bab-bab kamera ni, so saya kena la refer pada yang pakar. Kebetulan sepupu yang sedang mengaji mass com di uitm memang memiliki sebuah DSLR dan rasanya pakar la jugak berbanding saya ni. Dengan sepenuh keyakinan dan kepercayaan, saya minta dia belikan sebuah kamera DSLR tanpa specific sebarang brand apatah lagi model. Saya cuma serahkan sejumlah bajet saya, dan terpulanglah pada sepupu saya tu untuk membeli. Dia berjanji akan dapatkan yang terbaik dalam bajet yang saya berikan.
2 hari kemudiaan, saya ke rumah sepupu untuk ambil kamera yang dibeli. Fuhhh... sukanya. Alhamdulillah. Saya janji nak belanja dia makan nanti sebagai tanda 'TQ!'. (mula2 plan nak suruh dia simpan aje baki duit, tp rupanya baki hanya RM1... hahahaha).
So 2nd step pulak, camne nak sampaikan hadiah. Dipendekkan cerita, hadiah tu dah pun diterima oleh empunya badan walaupun birthday date tu lom sampai lagik, sungguhlah gumbira tak terhingga, di ibaratkan seekor beruang mendapat madu, bagaikan pungguk memdapat bulan... hihihih, dan bagai budak kecik mendapat mainan. Tak terfikir kot, saya 'sangat memahami' kemahuan dia... :)
Above all, sayalah yang paling bahagia, bila mampu memberikan sedikit kegembiraan pada org lain, apatah lagi insan2 yang tersayang.... Ni la juga salah satu dari azam aku tahun ni, untuk lebih MEMBERI....