Semalam kami sekeluarga meluangkan masa meninjau-ninjau bakal kediaman kami. Actually belum siap lagi pun, baru 85% aje camtu. Tembok pagar baru tengah bina. Tapi bila masuk, dapatlah nampak dah serba sikit gambaran rumah tu nanti. Hari ni kepala ni asyik terpikir aje untuk survey design kitchen cabinet dan brand yang sesuai hood & hob... Berpinau mata tengok gambar2 di internet ni, cun2 belaka... takpe la. Yang pastinya sentiasa ingatkan diri untuk membuat pilihan mengikut citarasa dan kemampuan.
Serba sedikit yang dapat di snap petang semalam...
Aczema aku dah beransur kurang sangat2... Alhamdulillah, rupanya bukan saja kena jaga luaran tapi pengambilan suppliment juga penting untuk sembuhkan eczema tangan aku yang teruk. So far plan nak teruskan minum collagen ni even dah sembuh sepenuhnya, sebab menurut kajian yang aku baca, bila meningkat umur 30an collagen dalam badan semakin berkurang, dan amatlah digalakkan mengambil suppliment collagen. Nak brand ape, terpulang kepada citarasa dan juga budget masing2...
note; kulit pun terasa smooth aje berbanding dulu... (perasaan@perasan...) hhihhi
Aku bekerja sebagai pegawai penyelidik... sekali dengar bunyinye seperti sebuah 'kerjaya' yang buat survey... tidak sama sekali, my core business ialah research, field of reseach tu pulak, bergantung pula pada unit yang aku kendalikan.
Alhamdulillah aku di tempatkan di unit POL, iaitu petroleum lab, mengendalikan sebuah lab untuk pengujian minyak, bukan saja petroleum termasuk juga segala jenis lubricants, coolant, air tawar... Boleh dikatakan apa saja yang dipohon oleh pihak tentera terutama nya Navy, dan TUDM. Selain itu aku juga disarankan untuk menjalanakan R&D untuk projek tertentu atau internal projek.
Ni la yang menuntut segala kebolehan dan idea kreatif aku. Masa ni la aku perlu memerah otak menjana idea untuk menjalankan sebuah projek penyelidikan. Bunyi macam senang, tapi tak sesenang yang di'bunyikan'. Masa ni la aku kena banyakkan membaca artikel2, journal2 yang serba sedikit boleh mencetuskan idea.
Masa di Universiti dulu senang skit aku rasa, sebab kita buat research berpandukan idea yang diberi oleh SV. Memang kita bermati-matian buat labwork, cari journal bagai, tapi at least reseach design tu dah di lakarkan serba sedikit oleh SV kita. Tapi bila dah kerja ni, masa ni la menuntut segala kemahiran, ilmu dan daya kreatif kita untuk diaplikasi di tahap yang paling optimum.
So tahun baru ni, aku sepatutnya dah dapat skit idea untuk internal projek aku sendiri yang dibantu subordinates, tapi still blur2 lagi... huhuhuh. Risau juga ni, masa berjalan, tapi insyaallah... boleh tu. hihihih.
Ya Allah, permudahkanlah urusan dan terangilah hati hambaMu ini, jadilah aku seorang yang berjaya dan kreatif dalam kerjaya ku amin.
Lengan kanan - sebaik saje keluar klinik