Rasa Bernama Kehidupan

Corat coret perisa hidup aku...

Seminggu berlalu sepantas kerdipan mata saja rasanya, sedar2 jumaat muncul, aku berehat selepas lunch dengan member2 RO, jadi curi2 masa untuk entry ni...

Alhamdulillah, banyak benda sangat yang perlu aku syukuri. Aku masih bernafas, masih mampu teguh semangat mengatur langkah bergelar student. Hari ni banyak juga 'stuffs' yang dapat dibuat. aku dah dapat signature SV for requisition form, GA scheme A and for appointment of co-SV pun, dah past form pada SV, she promise me she will followup with HOD, thanks a lot Dr!! ;)... Aku mohon sangat2 application for full GA tu dapat. Insyaallah, mudah-mudahan rezeki anak, suami dan keluarga.

Minggu ni aku sebenarnya tak run even 1 reaction, just continued the last week reaction yg still not give good 'appearance' pada mata kasar aku. However I still need to stop the reaction today, dah la kalau tak jadi pun biarlah... nanti rugi gas aje. So just nak rotavap for remove the solvent, unfortunately rotavap fully utilized lak. takpelah.

So for this week aku dah baca juga skit literature review, ada gak idea part2 yg sesuai tu, tp belum betul2 look into it... so insyaallah dlm nxweek, huhuhuh, kena ni betul2, jgn janji2 manis di hujung jari ni aje!! nak start juga work on my slide presentation, siap2 skit2 for final sem simposium. Insyaallah kalau focus boleh buat sebab both are on literature review. Believe in yourself Ani!!

Tadi meeting with SV, banyak juga idea untuk my following task. good for me. So this weekend nak prepared which plan aku nak buat next week, kena planning wisely, baru keja jalan lancar. Jap lagi nak jumpa Dr I to ask him to endorsed my chemical requisition form, Ya Allah mudah-mudahan lembutlah hatinya untuk sign.


Usaha + Doa + Tawakal = Berjaya!!

Harini 15/4... aku dah mulai rasa aura tekanan dan cabaran bergelar student ni... huhu. aku dah mula pening skit2 nak draw the research design. tak tau lagi haluan yang tepat, masih samar-samar dan berkecamuk... takpe aku tau ini memang akan berlaku, kena banyak cari literature lagi then study deeply into it, then highlight which route that I willing to focus... Insyaallah

So aku akan usahakan, untuk cari literature as much as possible, read and understood all insyaaallah, then starting to draw my research design. Kiranya pada hujung bulan ni at least aku dah ade my direction, Insyaallah.

So now, ketepikan rasa gusar gundah gulana, fokus, keep away all the messy things inside my mind, len kali leh pikir, Ya Rabbi hantarlah bantuan Mu pada hambaMu ini yang sangat memerlukan bantuan dan panduan, kerniakanlah aku idea dan tunjukkanlah aku jalan yang terbaik bagiku.Hanya padaMu aku meminta...

Semalam meeting with Dr Azmi dia ada give some additional info that I think important for me to take notes. Then, selepas aku berfikir-fikir, rasanya aku kena work on a fews things as my initial steps towards my research:

1. Types of pharmaceutical drugs - there could be many categories, so I need to choose the one that I willing to solve the problems
2. Find the literature reviews that highlight the same problems regarding the chosen pharmaceutical drugs - actually I had a few, but I haven't do anything yet! I'm planning to put all of the info into a table form, so when I need to show to them, it will be easier...

So far I only want to work on these first! Jangan rasa nak buat semua, nanti satu pun tak menjadi... sabar, bertenang, jangan gopoh...

Mon: Labwork + Literature Reviews

Tue: Labwork + Literature Reviews

Wed: Lab demonstrator + marking paper (foundation) + labwork

Thu: Lab demonstrator + labwork + prepare report

Fri: Meeting + labwork

Ni la jadual 'tugasan' aku yang sepatutunya sepanjang minggu. Harap aku dapat disiplinkan diri



Alhamdulillah...

Aku memberanikan diri untuk buka blog ni, walau dalam keterbatasan waktu dan mungkin makin terbatas pada masa2 depan. Tujuan utama ialah untuk menjadi as a journal of my life during my period of studies as a PhD student. Aku nak rekodkan segala suara dari rasa yang akan hadir sepanjang perjalanan istimewa ini.

Aku sedia maklum perjalanan pilihan aku ni bukan mudah, banyak pengorbanan dan keringat yang perlu aku beri, banyak juga cabaran dan ujian yang mungkin masih aku tak terfikir buat masa ini yang mungkin akan terjah aku disana sini. Tapi inilah namanya hidup. Tanpa cabaran dan rintangan, tanpa tangis duka mana akan rasa manisnya senyum, mana akan tahu nilai tawa gembira. Dan paling penting salah satu tujuan aku memilih haluan ini, aku memohon dengan rendah diri kepada Ya Rabbi, agar perjalan ini memberi aku peluang untuk lebih menghampiri Dia, bergantung semua kepercayaan dan harapan, kerana nanti disaat2 aku terduduk, timbul rasa kalah, susah, aku tetap tahu bahawa Dia tetap satu2nya yang pasti ada.

Perjalan ini atas namaku, namun semangat menggunung aku perolehi dari suami tercinta, ibubapa dan anakanda puteri kesayangan. Pengorbanan yang terlalu besar oleh mereka membantu meringankan segala bebanku mana mungkin termampu aku balas! mana mungkin cukup dengan ucapan terima kasih! walau sebanyak mana wang ringgit juga tak mampu menilai pengorbanan dan kasih sayang mereka. Ini juga nikmat hidupku yang aku sangat syukuri dan aku berjanji akan terus berusaha untuk berjaya dalam perjalanan ini, kerana kejayaan aku merupakan kegembiraan mereka jua, dan melihat mereka gembira adalah kegembiraan besar buat aku!

2010, genap umur aku 30thn, aku rasa aku sudah cukup matang dan tegar menempuh badai bergelar PhD student. Insyaallah moga perjalanan ini dipermudahkanNya, dan memberikan aku sebuah memoir yang terindah untuk aku kenang disepanjang hidupku...
















~ni masa Aidilfitri 2009 di rumah mak mertua


About this blog

Ini medan aku meluahkan rasa, mencoretkan kenangan, mengadu luka, memcipta semangat jiwa... Hanya untuk aku sebagai buah tangan dan panduan di hari depan, namun tidak juga lokek jika ada yang ingin sekadar berkongsi...

Ehem-Ehem


ShoutMix chat widget

Followers

Visitors

Search This Blog