Rasa Bernama Kehidupan

Corat coret perisa hidup aku...

Semalam saya sempat ke tabung haji, cadangnye nak menambah simpanan dan tujuan utama nak buka akaun untuk anak2 bertuah, Hannah dan Daniyal. Hannah dah ada AS Didik, tapi untuk adiknye kena tunggu 6bln baru boleh buka ASD. So saya cadang buka akaun TH dulu, dan buat skit potongan gaji ke akaun TH mereka.

Selesai ambil borang yang berkaitan, saya balik ke opfis, tk sempat nk settlekan hari yg sama. sampai ofis saya isi la borang. tiba2 terperasan ejaan nama daniyal ada yang tak kena. Muhamad Daniyal... sepatutnya Muhammad Daniyal... saya terus call suami, sebab dia yg uruskan segala proses sijil kelahiran, rupanye suami memang isi borang dengan ejaan yang kurang satu 'm'..... alahaiiii suami bertuah...

geram pun ada, nak gelak pun ade..... takpelah, nak wat camno dah jadipun... :)

Sedar tak sedar Hannah tu dah nak masuk skolah dah tahun depan... walaupun hakikat sebenarnya dia masih 2thn 11 bln skrg, (dec ni baru 3thn), tapi sistem persekolahan di Malaysia ni membolehkan dia layak ke skolah tadika Januari 2012 sebagai kanak-kanak berusia 4 tahun... :)


So semalam, di sebabkan saya mc kerana selsema yang teruk, suami pun tak sanggup 'meng-EL' kan diri juga, ialah kesian kot nak biarkan saya ke klinik sendiri dalam kekurangan keupayaan saya di waktu ni... perut lagi mana nak layan selsema lagi, dah sah-sah hannah tu nak mengekor aje....


lepas zohor, bila keadaan kesihatan saya dah agak stabil, suami mengajak untuk saya ke skolah yang kami berdua berkira untuk hantar Hannah tahun depan. Sampai je, kami di terangkan details berkenaan sesi, yuran, silibus dan beberapa perkara yang berkenaan.


Aduhaiii... agak terkejut jugak la saya, ye la tak pernah ada anak skolah, bila dengar yuran aje sekitar RM680-780. (Seingat saya ni dah macam yuran saya sekolah menengah dulu ni...).Bulanan RM150, fuhh, ni la zaman sekarang, tu takde transportation cost lagi tu, sebab memandangkan Hannah tu kecil sgt lagi, suami mohon jasa baik saya untuk hantar dan amik Hannah tiap2 hari.... Insyaallah dengan rela hati saya, demi anak tercinta... Tapi suami nampaknya macam tiada masalah dengan angka2 tersebut, saya ada juga cadangkan agar kami ke beberapa buah sekolah yang lain yang lebih murah agar tak menambahkan beban kepada suami, tapi suami semacam dah suka sangat dengan sekolah tu. Saya ni senang aje, apa yang baik kata suami, saya menurut aje, selagi tak bebankan dia, takpelah.... Mungkin dah rezeki Hannah. Alhamdulillah syukur.


Insyaallah, Hannah akan memulakan 'alam' baru dalam kamus hidup dia di sekolah tersebut bermula tahun depan. Harapan 'mama' ni moga Hannah rajin2lah belajar, pandailah membawa diri, belajar erti persahabatan.... moga menjadi anak yang solehah dan taat pada Tuhan dan ibubapa :)

Dah jadi kebiasaan pulak kita ni, bila mengandung mulala gatal-gatal tangan buat satu list kelengkapan baby. Siape yang ajar benda ni ekk? eeee.....


Saya pun, pada mata kasarnya takde la list yang terbentang depan mata, tapi rupa2nya dalam sedar atau tak, dlm diam2 saya membuat satu senarai dalam kotak fikiran ni.... Tapi takde la beriya2 sangat memandangkan ini my 2nd time.


Salah satu benda dalam list tu ialah stroller... awat la beriya sgt... sebenarnya masa hannah dulupun kami dah beli 1 stroller baru untuk dia, SCR3, suka sgt pada stroller tu, kalau tak silap beli di jusco ipoh harga dlm RM400 camtu la... tu pun dah rasa mahal sgt... hihihih. alhamdulillah sangat puas hati, then bila hannah dah membesar, dia dah tak kuasa dok dlm stroller tu, ayahnya pun simpan cantik2 dlm beg dia utk simpan dlm stor.



Kebetulan bila adik bongsu saya dpt baby boy yang amat sihat dan tembam, kami decided utk bagi dia pakai SCR3 hannah tu. alhamdulillah diorang sangat hargai, dan pakai sebaik mungkin, maklumlah anak super tembam, mana la daya nak berdukung memanjang....


Bila saya pregnant semula ni, dok berbincang dgn suami, untuk merembat stroller baru aje tak perlu minta semula yang hannah tu...So, usha punya usha, terbekenan pada brand quinny zapp extra, memandangkan ini 3 wheeler as SCR3 dulu.... Alhamdulillah suami dengan senang hati dan berkenan juga syorkan untuk beli skali dgn maxi cosi cabriofix.... alhamdulillah. satu wishlist saya telah tertunai... :)















ni la rupa SCR3 hannah's















ni pulak quinny zapp extra + maxi cosi cabriofix bakal adik hannah



Cepatnya masa bergerak, dah masuk oktober 2011. fuhh... saya perlu berhenti sebentar sambil menoleh seketika ke belakang... menelusuri segala yang telah dilakukan serta yang terjadi naturally (Semuanya dalan rancangan Allah jua). Banyak juga kejadian yang baik yang terjadi yang pada awalnya tiada rancangan kita...

Alhamdulillah, syukur to Allah for all the blessing. Bulan lepas, saya dah menerima kunci rumah pertama kami. Macam tak percaya pun ada. Sejujurnya antara 2-4 tahun yang sudah saya dan suami masih kabur dan tercari-cari dimana mungkin kami akan 'settle down', berumah tangga dengan hasil sendiri. Sejak kahwin pada Feb 2007, kami menyewa flat di Kajang kepunyaan kakak suami, kemudian berpindah ke Ipoh, mendiami pula rumah teres milik arwah ayah suami... Dengan hidup yang tak berapa stabil pada ketika itu, dengan saya yang nekad berhenti kerja di Myipo dan pulang ke Ipoh untuk bersama suami.... Terasa jauh sangat harapan untuk memiliki rumah idaman.

Maka kini, nikmat Allah yang mana lagi yang hendak saya dustakan?

Kadang-kadang usai solat saya bagaikan termenung sendiri... Rasa termalu dengan kasih sayang Allah. Siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih taat dan patuh? Siapalah saya ni yang patut terima segala kenikmatan dunia tanpa henti-henti? Namun saya berdoa dan terus meminta, moga Allah terus memberi kebahgiaan kepada saya dan keluarga. Sungguh benar saya tak mengharapkan hidup yang diselaputi kemewahan emas intan permata, apa yang benar-benar saya harapkan Allah mengurniakan nikmat moga saya dan suami serta anak-anak menjadi hambaNya yang taat dan semakin hari semakin menebal kasih dan sayang terhadapNya. Saya impikan keluarga yang menjalani kehidupan yang ringkas dan sederhana namun sangat bahagia dengan kasih sayang Allah....

Mana mungkin Allah tidak mendengar doa kita...
Saya teringin benar untuk mengerjakan umrah. Moga-moga perubahan positif mengiringi saya dan keluarga sekembali dari sana... bila? macammana duit dah cukup ke? anak-anak? Entahlah... biarlah seya serahkan segalanya kepada Dia... Sesungguhnya perancangan Allah amatlah Hebat...


Alhamdulillah, tergamam tengok harga emas semalam... RM190/g for 916, RM210/g for 999. fuhhh.... sangat tinggi dan kenaikan yang mendadak. alhamdulillah bagi saya dan kawan2 yg lain yg menceburkan diri dalam benda2 emas ni, even my portion tu amat la sikit berbanding org lain, tapi itu pun dah cukup membuatkan hati berbunga riang. rezeki masing-masing cukup la tu ... :)

Daripada penilaian pakar-pakar kenaikan ini tak reach max peak lagi, still boleh naik, mak aiii... tak pernah terbayang harga emas se gram cecah RM200. Ingat lagi masa bercinta dulu, hb mampu membeli cincin sebagai tanda 'I cop U' dlm harga RM100+ aje, tu pun dah cantik. Pastu bila dah lama skit dapat lagi satu cincin yang ditempah dengan mutiara Sabah pemberian ibu mertua... hihihih. Skarang ni cincin sebentuk pun dah cecah RM500+...

Saham pada waktu ini menerbitkan wajah-wajah suram para pemainnya. Sabarlah. Itulah hakikat pelaburan, at one time we're smile, masa lain kita terkedu tersedu.

Walau apepun, semoga segala harta benda perhiasan dunia ini tidak sedikit pun dapat melalaikan aku dan semua umat manusia. Sesungguhnya syurga Allah itu jauh lebih indah dan nikmat berbanding dunia fana ini. Insyaallah.



Saje2 je nak cerita, kelakar pun ade, bukannya aku g melancong jauh sgt, nk tulis ber-part semua ni, saje suka2... alkisahnya as coincident, aku buka website air asia awal jun, tertengok tambang murah ke kuching, pastu called hubby tanye pendapat, then dia pun bg greenlight to me, so aku pun booking la 5 tiket untuk ke kuching pada awal Julai...

Tujuan utama ialah untuk anak tercinta yang dah 2thn lebih, asyik dok cite nak naik 'awan dania'. sian la pulak... so mungkin ini la peluang terbaik nak merasakan dia jumpa dengan all the danias with the short red skrit. :)

bila mengandung, macam-macam mengidam datang...
satu subjek mengidam aku yang agak pelik akhir-akhir ini, ialah mengidam nak tukar kerjaya. hahahah. kerjaya aku sekarang ni dah cukup bagus pada aku dan alhamdulillah menepati segala kriteria kemampuan dan kepakaran ilmu sejengkal di dada ni, tapi aku amatla teringin nak masuk ke satu alam kerjaya yang lain...

Dengan penuh keazaman dan doa, aku mengisi online.... manalah tau, rezeki anak dalam perut, moga segala impian menjadi realiti. bak kata orang, kalau kita tak cuba, kita takkan tau rezeki kita. tiada satu pun yang mustahil selagi ada kemahuan dan melalui landasan yang betul :)

About this blog

Ini medan aku meluahkan rasa, mencoretkan kenangan, mengadu luka, memcipta semangat jiwa... Hanya untuk aku sebagai buah tangan dan panduan di hari depan, namun tidak juga lokek jika ada yang ingin sekadar berkongsi...

Ehem-Ehem


ShoutMix chat widget

Followers

Visitors

Search This Blog