Showing posts with label Kasyif Nurhannah. Show all posts
Showing posts with label Kasyif Nurhannah. Show all posts
Sedar tak sedar Hannah tu dah nak masuk skolah dah tahun depan... walaupun hakikat sebenarnya dia masih 2thn 11 bln skrg, (dec ni baru 3thn), tapi sistem persekolahan di Malaysia ni membolehkan dia layak ke skolah tadika Januari 2012 sebagai kanak-kanak berusia 4 tahun... :)
So semalam, di sebabkan saya mc kerana selsema yang teruk, suami pun tak sanggup 'meng-EL' kan diri juga, ialah kesian kot nak biarkan saya ke klinik sendiri dalam kekurangan keupayaan saya di waktu ni... perut lagi mana nak layan selsema lagi, dah sah-sah hannah tu nak mengekor aje....
lepas zohor, bila keadaan kesihatan saya dah agak stabil, suami mengajak untuk saya ke skolah yang kami berdua berkira untuk hantar Hannah tahun depan. Sampai je, kami di terangkan details berkenaan sesi, yuran, silibus dan beberapa perkara yang berkenaan.
Aduhaiii... agak terkejut jugak la saya, ye la tak pernah ada anak skolah, bila dengar yuran aje sekitar RM680-780. (Seingat saya ni dah macam yuran saya sekolah menengah dulu ni...).Bulanan RM150, fuhh, ni la zaman sekarang, tu takde transportation cost lagi tu, sebab memandangkan Hannah tu kecil sgt lagi, suami mohon jasa baik saya untuk hantar dan amik Hannah tiap2 hari.... Insyaallah dengan rela hati saya, demi anak tercinta... Tapi suami nampaknya macam tiada masalah dengan angka2 tersebut, saya ada juga cadangkan agar kami ke beberapa buah sekolah yang lain yang lebih murah agar tak menambahkan beban kepada suami, tapi suami semacam dah suka sangat dengan sekolah tu. Saya ni senang aje, apa yang baik kata suami, saya menurut aje, selagi tak bebankan dia, takpelah.... Mungkin dah rezeki Hannah. Alhamdulillah syukur.
Insyaallah, Hannah akan memulakan 'alam' baru dalam kamus hidup dia di sekolah tersebut bermula tahun depan. Harapan 'mama' ni moga Hannah rajin2lah belajar, pandailah membawa diri, belajar erti persahabatan.... moga menjadi anak yang solehah dan taat pada Tuhan dan ibubapa :)
Aku belum pernah berpisah dengan Hannah melebihi 24jam. Maknanya, setiap malam sejak Hannah dilahirkan aku mesti ada disisinya, tidur bersamanya, lebih-lebih lagi Hannah menyusu badan. Dalam satu malam Hannah akan menyusu dalam 4-5 kali sambil2 mata terpejam pun dia boleh dapat posisi terbaik untuk menyusu...
M.A.S.A.L.A.H
Aku 'terpaksa' menghadiri kursus 4hari next month, sangat la mengganggu fikiran aku bila memikirkan kemungkinan berpisah dengan Hannah...
Masalah utama bukan berkenaan susu, (ya, aku boleh start pam for stock), masalahnya Hannah bila nak tidur perlukan aku (memerap dia sambil dia menghisap susu badan), dia perlukan 'botol susu original' ni untuk dapat melelapkan mata.... huhuhuh
Betul-betul bikin hati susah ooooo.....
M.A.S.A.L.A.H
Aku 'terpaksa' menghadiri kursus 4hari next month, sangat la mengganggu fikiran aku bila memikirkan kemungkinan berpisah dengan Hannah...
Masalah utama bukan berkenaan susu, (ya, aku boleh start pam for stock), masalahnya Hannah bila nak tidur perlukan aku (memerap dia sambil dia menghisap susu badan), dia perlukan 'botol susu original' ni untuk dapat melelapkan mata.... huhuhuh
Betul-betul bikin hati susah ooooo.....
Labels:
Kasyif Nurhannah
comments (0)
Sebenarnya aku nak membebel pasal kucing.... huwaaaa. susah betul la bila 2/3 dari family members (aku, Mr. Hubby, Hannah) suka kucing sangat2... Mr Hubby dan Hannah memang suka sangat pada kucing, boleh peluk2, cium2 hatta Hannah tu buat kucing macam doll pulak. kat mana ada Hannah datang la si Meow tu, Hannah berjalan dok mengekor, Hannah tidur dia pun baring dekat, kalau Hannah dalam buai, dia dok bawah buai...
Cadangnya nak upload gambar diorg dengan kucing, tp malas punya pasal, letak je gambar ni. Len kali lah :)
Labels:
Kasyif Nurhannah
comments (0)
Aku masih berjaga, walaupun seisi rumah ni sedang nyenyak dibuai lena, seronok rasanya dapat selesaikan beberapa benda yang tertangguh. Alhamdulillah. Niat nak siapkan report for Dr Azmi juga, tapi curi2 masa sekejap untuk membebel di sini.
Sedar tak sedar, Hannah dah menghampiri 1tahun 6bln. Cepatnya putaran masa, dari fasa dalam pantang, then pandai menerap, merangkak, and now pandai berjalan, berlari as well as melompat skit2.. hihihi, cepatnya perkembangan anak2 ni. Kadang2 ada juga rasa risau kalau2 dengan kesibukan kami (aku & suami) mungkin terlepas pandang dan tak sempat nak captured atau perhatikan dia.
Alhamdulillah Hannah ni golongan anak yang kurang sakit. Demam, selsema, batuk tu ade la juga. Demam tu kalau datang tu, tiba2 aje terus panas, tengah2 syok main2 pun boleh demam, tengah gelak2 pun terus boleh suhu badan naik... so aku dah memang prepare aje termometer, cool fever berkotak-kotak. Bila nampak perubahan tu terus check suhu badan dia, terus tampal cool fever tu, kalau panas sangat, merata-rata aku tampal, celah ketiak, belakang lutut...
Hannah masih menyusu badan lagi sampai skarang, walaupun aku dah juga bagi susu formula. Sebenarnya sejak dalam pantang pun dah campur, sebabnya masa awal2 tu aku kekurangan production, biasa berlaku untuk orang yang 1st time bersalin, so Hannah asyik nangis lapar, tak sanggup nak tengok dia nangis, so terpaksa juga beli susu formula, then bila dah 3 ke 4 hari baru mula banyak, dan bila lepas berurut bertambahlah banyak susu sampai kena pam untuk elak bengkak.
Skarang bila aku ada dia akan menyusu badan, terutama malam, aku tak pernah pun bangun bancuh susu. Sebenarnya dia memang prefer susu badan, sebab dia jenis yang suka memerap dengan mamanya ni, tapi time aku kerja/takde terpaksa la dia minum susu formula. So memang senang sangat, dan jimat sangat. Dalam sebulan purata setin aje susu formula (900g) untuk keperluan dia. Paling seronok time aku balik keje, dia dah senyum2 dah... nampak je muka aku terus cakap "tek..tek..." ooopppsss... hihihihi. Pastu jajan @ snek yang memang slalu kena ada untuk dia makan2 waktu2 lapang, antaranya buah (banana, mango), coklat, biscuits... ada aje tukar2 jenis aku beli untuk dia makan2 sambil2 main tu.
Tapi sejak dah aktif ni, Hannah dah tak berapa suka makan, nasi pun skit, so berat badan pun dah susah nak naik...
nantilah sambung lagi yaaa... :)