Rasa Bernama Kehidupan

Corat coret perisa hidup aku...

Rasanya kalau kita singgah mana2 blog pun, salah satu posting mesti mengenai keterbatasan waktu untuk menulis dan update blog. Ye la di zaman kita semua sibuk mengejar itu dan ini, perkara yang paling utama perlu diberi lebih peruntukan masa dan perhatian. Kalau ikutkan memang rindu sgt nak menulis sebaris dua di blog dan menjenguk blog kawan2 mengikuti perkembangan hidup masing2, tapi itulah... MASA yang tak pernah cukup...

Kalut-kalut mengejar itu ini, baru aku tersedar tinggal 21 aje lagi nak meninggalkan tahun 2010. Fuhhh.... secepat kilat masa berlalu, perubahan hari ke minggu, dari minggu ke bulan, dah nak berakhir. So aku nak menoleh ke belakang sekejap melihat apa yang telah terjadi padi diri aku dan family sepanjang 2010. Yang pastinya banyak 'kejutan' yang berlaku. Banyak perubahan yang terjadi di luar perancangan malah ada juga yang di luar janngkaan sama sekali. Itulah kerja Tuhan, mana mungkin akal kita yang sejengkal ini mampu melangkau masa....

2010, aku dpt peluang sambung belajar...
2010, aku join government services...
2010, aku pindah ke Kajang, then pindah pula ke Lumut...
2010, aku kehilangan PakSu selama-lamanya...
2010, aku membeli rumah... (opss, ni KAMI... hihihi)
2010, aku masih menyusukan Hannah... 12/12 ni genap 2tahun...
2010, tahun ke-3 menjadi isteri suami yang aku cintai...


Alhamdulillah, tak cukup rasanya ucapan itu untuk gambarkan betapa bersyukurnya aku atas segala kurniaan dan 'surprise' yang Allah hadiahkan pada aku. Kalau ada manusia yang sujud syukur kemudian bangun dan kembali sujud syukur semula... orang itu adalah aku. Sesungguhnya perancangan kita yang besar rupanya tak seinci pun dapat menandingi perancangan Dia...

Harapan aku untuk 2011 yang akan menjengah, moga aku dapat pula lebih 'memberi' berbanding menerima... aku ada planning untuk mak dan abah, moga2 dapat tertunai dalam 2011 nanti. Juga berhajat nak tambah ahli keluarga sebagai 'hadiah' untuk suami dan Hannah.... hehehe. Insyaallah.

Lamanya tak update blog. rasanya sebagai blogger, aku ni dah dikira tak bertanggungjawab sebab tak post bahan2 baru... hihhiihh

skarang aku ni dah joint Stride under Mindef as a government servant. ape komen aku? entahla, mungkin terlalu awal kalau aku nak komen lebih2 pun, bak kata orang tak kenal maka belum tentu cinta ke tak cinta, so aku reserve dulu komen2 aku tu dalam hati....

apa2 pun selama 3 minggu ni, aku masuh tak pasti 'kerja' aku lagi... opppsss ( adakah ini boleh dikira komen?)


Aku belum pernah berpisah dengan Hannah melebihi 24jam. Maknanya, setiap malam sejak Hannah dilahirkan aku mesti ada disisinya, tidur bersamanya, lebih-lebih lagi Hannah menyusu badan. Dalam satu malam Hannah akan menyusu dalam 4-5 kali sambil2 mata terpejam pun dia boleh dapat posisi terbaik untuk menyusu...


M.A.S.A.L.A.H

Aku 'terpaksa' menghadiri kursus 4hari next month, sangat la mengganggu fikiran aku bila memikirkan kemungkinan berpisah dengan Hannah...

Masalah utama bukan berkenaan susu, (ya, aku boleh start pam for stock), masalahnya Hannah bila nak tidur perlukan aku (memerap dia sambil dia menghisap susu badan), dia perlukan 'botol susu original' ni untuk dapat melelapkan mata.... huhuhuh

Betul-betul bikin hati susah ooooo.....


Jam skarang pukul 7pm, aku still di UTP, menumpang lepak (rehat, mandi, tunggu mahgrib) di Village 3 (hostel) bilik Naf...

Arini sampai rabu (7-9 Jun) ada Kem Cuti MRSM for Young Scientist Programme, aku 'terkena' la pulak... bukan sebagai fasilitator, tu semua undergraduate students, PG hanya handle untuk labwork aje... ada beberapa experiments yg diorg kena buat. Tadi start pukul 2pm to 4.30pm...
Malam ni ada lagi 8pm till 11pm, alahai akupun terpaksa la melepakkan diri di bilik Naf ni, terasa bagai kembali ke zaman muda2 dulu.. hehehe

So malam ni, abah akan datang jemput aku (even aku drive sendiri) tp aku takut so abah akan datang juga untuk follow kete aku sampai umah... huhhuhu. aku ni dah tua2 pun dok menyusahkan mak abah lagik. actually tu bukan cadangan aku, aku cadang nak ajak tidur umah Kak Ja aja di Taman Maju sebelah UTP, tapi abah yang sanggup... abah oh abah, sangat la TERBAEK!!

Bebudak MRSM tu takde problem sangat, diorg tu senang aje 'ngajo' nye... senang paham je cuma diorang tak bape boleh paham Mr AbuBakr cakap dengan lograt Sudan dia tu... kelakar gak bila sorang tu nak tanye, then dia cakap 'Miss Hani, saya cakap BM ye kak'.... hehehe, aku nak gelak pun ade, dengan english aku yang lintang pukang tonggang terbalik tu depa takut nak speaking english dengan aku... macam le english aku tu elok bebeno, cumanya aku dah biasakan diri, even aku tau english aku teruk aku main bedal aje...

Masa tu pun ada cokgu MRSM tu semua, so aku try la memberi yang terbaik untuk diorang, sebab aku tau dirang datang sini dengan harapan menggunung, mengharapkan input yang maksimum, so harapnya takla diorang rasa terkilan... aku ikhlas andai sekelumit kerja yang dipertanggungjawabkan ni boleh dianggap sebagai 'berbakti' kepada masyarakat... ye la nak harapkan aku menderma manalah aku ni berduit banyak... so mungkin ini aje, yang termampu... heheheh

okiesss.... :)
sambung lagi nanti

Sebenarnya aku nak membebel pasal kucing.... huwaaaa. susah betul la bila 2/3 dari family members (aku, Mr. Hubby, Hannah) suka kucing sangat2... Mr Hubby dan Hannah memang suka sangat pada kucing, boleh peluk2, cium2 hatta Hannah tu buat kucing macam doll pulak. kat mana ada Hannah datang la si Meow tu, Hannah berjalan dok mengekor, Hannah tidur dia pun baring dekat, kalau Hannah dalam buai, dia dok bawah buai...

Cadangnya nak upload gambar diorg dengan kucing, tp malas punya pasal, letak je gambar ni. Len kali lah :)














Jujurnya aku dah selesa sangat dengan kehidupan aku sekarang, bangun pagi sekitar jam 6-6.30 pagi, bersiap2 untuk ke UTP. Sebelum tu pastikan Hannah menyusu dulu, sambil2 siap mak akan sediakan kopi 3 in 1 ke, air teh ke, milo ke untuk aku. kadang2 sempat juga mak goreng nasi atau bihun... kadang-kadang abah akan belikan roti canai atau nasi lemak, sempat la aku sarapan sebelum pergi UTP.

Perjalanan ke UTP akan ambil lebih kurang 1 jam 15 min camtu. walaupun agak 'lama' memandu aku tetap tak merasa beban sebab traffic tak teruk, jalan lancar aje melalui jelapang, taman meru then naik highway ipoh-lumut (nama aje highway tp takde tol...hihihih), tambahan pula permandangan di sepanjang perjalanan tu pada waktu pagi sangat la menenangkan fikiran, sambil2 mendengar radio Red fm @ Hot fm @ Sinar fm .... aku tukar2 kalau time lagu2 yang tak best....

sedar-sedar dah sampai entrance UTP. Bila masuk saja UTP, sebelah kiri ada sebuah tasik yang cantik sangat, yang menghadiahkan satu perasaan tenang yang sukar nak diceritakan... terus lagi sebelah kiri pulak ada masjid AnNur yang bagaikan dibina diatas air... damai sangat. kalau melalui masjid tu mesti aku tak lepaskan peluang nak menikmati keindahan dan kedamaiannya... bergerak semakin ketengah, dari jauh dah boleh nanpak Censelor Hall yang tersergam, satu monumen kebanggaan pelajar2 malah warga UTP la boleh aku katakan... binaan dia sangat la sofisticated. yang juga menempatkan library 'see thru', dinding kacanya yang membolehkan orang luar melihat kecanggihan library tu, tambah kagum dengan cara susunan buku2 didalamnya... cantik sangat.

Banyak lagi kalau aku nak tuliskan semuanya, namun saat ini aku berbelah bahagi, kalau aku tolak offer tu, mungkinkah aku akan mengesal dikemudian hari? kalau aku terima, mungkinkan 'life' aku yang 'selesa' dan 'santai' ini akan berubah sama sekali?


Bila aku tengah focus, mula la datang tawaran-tawaran yang mengganggu hati dan focus aku. Dah buat aku jadi serba salah, macam mana ni...

Memang aku kena buat sembahyang istiharah...
Sebab aku memang tak pandai buat pilihan, biar segalanya Tuhan yang tentukan...


peperangan minda sedang berlaku, di antara
cita-cita, harapan, impian dan tanggungjawab.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan....

3 Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4 Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5 Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."


Insyaallah aku akan gunakan panduan ini untuk membaiki diri, mungkin tak mampu untuk ikut semuanya, pelan-pelanla.... skit2 :)


"A few years ago I was asked by several Ph.D. students what advice I could give to finish a Ph.D. While I don't think there is only one answer I do have some principles that worked well for me- if you are a current PhD student hopefully you will find this useful also. If you have any comments or suggestions, I'd love to hear from you. Over the years I have received many positive comments from Ph.D. students from the U.S., Canada, and as far as China and Korea. Several students have linked this site form their sites. Thank you so much for your feedback. It means a lot to me that some of my thoughts made a difference to you."

Begin with the end in mind
I found it always helpful to know what my overall goal was. During my PH.D. I aimed to finish in my Ph.D. in 3 years. I didn't make that in the end - it took 4 years - but that isn't important. The important thing is that I knew in order to make 3 years I had to do a certain course load in the first and second term , I had to take the comprehensive exam the first time it was offered, I had a rough idea of how much time I had to write the dissertation. There are road blocks along the way and things turn out different than you expect. But if you know your overall goal obstacles won't through you off the course, you are just taking a detour.

You have no obligation to write an important or even useful thesis
Sometimes students set out to write this all-encompassing break-through thesis and then fail because they try to accomplish too much at once. Very few researchers achieve fame because of their dissertation work. Try to write a good dissertation, not a great dissertation. Further, don't insist on writing a useful thesis. Your primary goal is to get a Ph.D. , not to change the world. There is enough time for changing the world after your dissertation when you have less constraints about what criteria your work has to meet.

Write!
A psychology student told me once that he spends the entire day doing research and then forces himself at the end of the day to summarize what he found - even if he doesn't think he found anything that day. This is important for several reasons : (a) writing helps your thoughts to crystallize (b) you accomplish your daily task which will make you feel good (c) you can track your progress (d) when you write your thesis you have material to draw on (e) you won't forget what you were thinking two weeks ago. In my opinion most students start too late putting their thoughts into words.

Exercise regularly
I have always found I can work better when I am physically in good shape. During stressful times such as exams, I exercise more often rather than less often. The energy I get from exercise more than compensates for the "time lost".

Enjoy your "play time"
There is a time to work and a time to play. I try to work hard when I work, and not to think at all about work when I don't work. For example, every year I fly home to Germany for Christmas. I never take work to Germany. All that would accomplish is that I would feel bad the whole time about not doing the work. When you have worked hard all week and can afford to take the week-end off, try to get out and do something fun. Try not to think about work at all.

Talk to others about your problems
After finishing his Ph.D. a social scientist at an Ivy League university told me once that at some point during his Ph.D. he had so much dissertation anxiety that he went to see a psychologist at the medical center. To his surprise the waiting room for the psychologist was packed and he recognized several other people. Everyone was there for the same reason. He later emailed one of the students he saw whether he wanted to talk about it . Within 10 minutes he got a reply email : the other student was just as desperate to talk about it. Most Ph.D. students at some point or another have problems - talking to fellow students or professors almost always helps. You are not alone. (The above mentioned student graduated smoothly and now excels working at a very prestigious institution).

Record your progress
Sometime during my second year of my Ph.D. I started writing down every week-end what I had accomplished during the preceeding week. I took great care in this and I often reread what I had done in the past few weeks. This weekly ritual became very important to me and motivated me a great deal. Sometimes in the middle of the week I would realize that I hadn't accomplished anything to be recorded at the end of the week and I would make sure I would get something done. In addition, I kept a list of things to do at the white board and marked each item off once I had done it. I wouldn't erase it until a few days later though - because that gave me the satisfaction of seeing what I had accomplished already. I still follow this habit to this day. During a Ph.D. you often try something and it doesn't work in the end. That can be frustrating - but I feel that tracking what you have done helps to overcome this frustration. The path to success has unexpected twists and turns in a Ph.D. - and while a failed attempt looks like no progress it really is.

Don't find excuses - don't do too many other important things.
Some of the brightest students sometimes have trouble finishing because they are so successful doing other things that may reasonably also be considered important. A very bright young fellow I know kept taking on temporary consulting jobs working for the UN in Brazil and all kind of other exciting and useful jobs. Working for the UN in Brazil is a great experience and you may not want to pass it up. But at some point finishing your Ph.D. outweighs taking on extra consulting jobs.

Choose a dissertation topic you are passionate about
You will do your best work when you work on a topic that you really care about. This not always possible - but if you have the choice go for it. Also, it is better to come up with your own thesis topic rather than having your supervisor find you a thesis topic. You will find it easier to care deeply about a thesis topic that you came up with yourself.

Work on your strengths, not on your weaknesses
I was once fortunate enough to have a brunch with the famous statistician Erich Lehman - organized by Agnes Herzberg in Kingston, Ontario. Dr. Lehman had an unusual career and had many things to say. I will never forget the following advice he gave : when in England the professors noticed that his background in mathematics was much stronger than in physics. They therefore forced him to take extra classes in physics. On hindsight Dr. Lehman felt that that was a big mistake. He didn't have any passion for physics and he claims he wasn't good at it either - so there was an extraordinary effort going into something that wasn't necessary. There may be situations where our passion requires us to work on something we are not good at. For example, my friend Fiona was never interested in any handyman work. However, she was a theatre major and some point she had to know technical theatre operations. And when it was relevant to theatre, she all of the sudden took an interest in handyman work as it related to theatrical set construction. Unless necessary though I always thought that it was good advice to work on one's strengths - because otherwise we'll be constantly disillusioned and frustrated.

Take charge - it's your life not your supervisor's
I have always found taking an active role leads to better results than a passive or reactive role. It makes life more exciting. For those of us who like playing computer games - it's like the difference of playing the game and watching the game. Playing is just more fun.

Do what is right for you - including the choice of discontinuing your Ph.D.
A Ph.D. is not for everyone and I think not to continue a Ph.D. ought to be one of your options. I am most impressed with Judy whom I met during my time as a student. She successfully mastered the comprehensive exam, and then decided that she wasn't really all that interested in research. I still hear her say "You know, it's not for everyone" - not disappointed but just matter of fact. She is happier now. However , I do think you should only quit because you have come to the conclusion that you do not enjoy research, not because "it's overwhelming", "it's too much work", or "I don't know whether I can do it" or "I don't like my supervisor". People can do more than they think - they just have to really try.
source: http://www.schonlau.net/finishphd.html



Semalam (Ahad) dapat la juga akhirnya berkesempatan untuk lunch 'ayam penyet' yang Naf slalu war-warkan pada aku. So kami pergi bertiga aje (aku, suami, Hannah) sebab mak tak mau ikut, nak rehat di rumah aja katanya...

Untuk dapat parking di De Garden tu susah la juga, sebab weekend banyak keta, lgpun limited of parking lots... so lepas beberapa minit pusing2 dapat la juga kami parking depan bangunan kedai sebelah di seberang jalan...

Restoran Ayam Penyet tu di ground floor aje, senang aje nak cari, kebetulan kami sampai memang waktu lunch, pelanggan dah mulai memenuhi satu demi satu meja. restoran dia biasa aje... Kami order nasi putih, ayam penyet, pecal dan sup asam (ape nama betul dia dah lupa)... pic tak sempat snap... :)
Keputusannya best jugak la... pecal dia 1st class, cukup rasa n pedas terangkat! mr hubby sangat la suka, (dia orang jawa, memang suka pecal), manakala ayam penyet pun ok jugak... tapi sup tu memang both of us tak berkenan sangat, tak tau nak cakap... mungkin bila sebut sup mind kita dah set particular taste, tetiba rasa yang lain dari mind set tu, mungkin tu yang tak leh terima kot...
so, Insyaallah boleh pegi lagi, mungkin untuk try menu2 yang lain... 3 bintang aje












::Lakukan apa yang kita suka dengan yakin dan gembira!::


Rasanya tiap2 orang akan ada beberapa kemahiran atau bakat atau keperibadian ataupun juga minat yang mendalam pada sesuatu perkara lebih daripada orang lain. Benda tu semuanya ada dalam diri kita secara semulajadi, kadang-kadang kita pun tak pernah tau yang kita memiliki 'something', sebab kita tak pernah cuba nak explore segala macam anugerah yang Tuhan hadiahkan kepada kita secara tersembunyi... Kebanyakan yang kita tau apa yang ada depan mata saja, mostly the physical parts... heheh. Ye la barulah ade trill skit kalau camtu, takkan semua nak terbentang depan mata.

Aku sejak kecik lagi aku suka berniaga... masa skolah rendah aku penah jual kertas lukisan (aku bawak buku lukisan tu, then jual sehelai-sehelai pada kawan-kawan), penah jual buah 'meniye' ataupun orang panggil buah star... hehehe. aku kutip kat umah opah bawak g skolah juak kat kawan2 10sen 3biji... mak aiii murah giler!! patutla tak kaya... hahahaha. Pastu minat aku berniaga ni terpendam kejap, mungkin takde peluang masa belajar di sekolah asrama then masa di UPM, sampaila aku kerja di Myipo sekitar tahun 2006, aku tengok ade peluang untuk cuba berniaga skit2 ala sekadar tambah income dapat lepas duit shopping pun dah cukup.

Masa tu online business tak meletop sangat lagi macam skarang. aku pun buat le skit research ape yang aku nak jual... Alhamdulillah segala rezeki walau dalam bentuk idea juga dinamakan rezeki, semuanya anugerah Allah jua, akhirnya aku start la berniaga telekung secara online. Exclusive telekung aje... Ingat lagi aku start dalam 5 pasang saja untuk try... So target aku untuk jual paling kurangpun sepasang seminggu. Sebab setiap yang kita buat mesti kena set TARGET! Masih ingat lagi perasaan aku sangatlah berdebar-debar masa 1st time reveal opening kedai (even haya kedai maya...hihihi), punyala suspen, lepas upload semua gambar, tambah skit description for each telekung tu, aku pun mulala melayan pelanggan2 yang mula bertanye... tetapi lagila aku terkejut dan terharu ditambah dengan gumbiranya bila semua telekung tu terjual pada hari pertama tu juga.... Alhamdulillah. So mula hari tu aku terus melebarkan sayap, jumlah jualan makin bertambah, jumlah modal juga bertambah (jumlah profit pun sama la kan hihihi)...

Sememangnya benar bila Islam menyatakan 9/10 rezeki adalah dari bidang perniagaan, selagi kita tak 'masuk' bidang ni kita tak mungkin dapat menggambarkan kehebatan dunia itu. aku pun mulanya bagai tak percaya, tapi alhamdulillah aku bersyukur sebab aku diberi peluang oleh Allah merasainya... dapat la juga merasai nikmat 'bonus' 5digit yang setara dengan en. suami time dia keja Lafarg* Cemen* dulu.. hehehe. tapi berniga ni ada pasang surutnya, kena sentiasa kreatif, macam telekung ada time hit, waktu sebulan dua sebelum Ramadhan until Aidilfitri dan raya Haji, then akan lembap... so kalau aku nak maintain income kena cari product lain time telekung tak hot...

Tapi alhamdulillah juga, bisnes tu bukan my priority, hanyalah partime for side income untuk seronok2 sebab berniaga memang minat aku, so aku tak rasa beban. Lagipun en Suami sangat la supportive... tolong bungkus pun boleh, tolong poslaju pun boleh, sebab kalau time buzy tu kadang2 sampai cecah 30 bungkusan per day! bayangkan huru hara gila hidup masa tu... hihihih. pelanggan terbesar yang pernah deal ialah pelanggan dari Terengganu, pembelian cecah 10K, sesuatu yang aku n suami tak pernah terfikir pun... ye la ingan jual online org beli dalan sepasang, paling2 pun 10pasang setiap pembelian... yang tu terpaksa dihantar terus ke tganu... :)

Tu la serba skit cabaran bisnes online aku, memang best tapi rasanya aku tak mampu nak kembang biakkan bisnes tu lebih daripada kedai online sahaja, sebab aku ade priority lain yang menuntut kebanyakan dari segala fokus, tenaga dan masa aku... yang menuntut pengorbanan aku untuk tempoh beberapa tahun ini... Insyaallah aku akan berusaha untuk tempoh ini, moga2 dapat aku siapkan phd ini dalam jangka masa yang ditetapkan.... selain dari itu aku juga tak nak jadi terlalu gelojoh, biarlah berpada-pada...

Ni la kedai maya aku untuk tahun lepas... hihihi, kepada yang berminat berniaga, buat ape tunggu2, terus saja melangkah, kerana rezeki semua tu Allah yang beri, janji kita sentiasa cuba dan berusaha dengan ikhlas! gud luck!!

Anatara items di kedai maya ku...






























Love this song, the lyrics, love Noh, Lan... ngeh, ngeh, ngeh
Best giler lagu ni... pembakar semangat!!!



Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

(korus)
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

(korus)
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

(korus)
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya





















Aku masih berjaga, walaupun seisi rumah ni sedang nyenyak dibuai lena, seronok rasanya dapat selesaikan beberapa benda yang tertangguh. Alhamdulillah. Niat nak siapkan report for Dr Azmi juga, tapi curi2 masa sekejap untuk membebel di sini.

Sedar tak sedar, Hannah dah menghampiri 1tahun 6bln. Cepatnya putaran masa, dari fasa dalam pantang, then pandai menerap, merangkak, and now pandai berjalan, berlari as well as melompat skit2.. hihihi, cepatnya perkembangan anak2 ni. Kadang2 ada juga rasa risau kalau2 dengan kesibukan kami (aku & suami) mungkin terlepas pandang dan tak sempat nak captured atau perhatikan dia.

Alhamdulillah Hannah ni golongan anak yang kurang sakit. Demam, selsema, batuk tu ade la juga. Demam tu kalau datang tu, tiba2 aje terus panas, tengah2 syok main2 pun boleh demam, tengah gelak2 pun terus boleh suhu badan naik... so aku dah memang prepare aje termometer, cool fever berkotak-kotak. Bila nampak perubahan tu terus check suhu badan dia, terus tampal cool fever tu, kalau panas sangat, merata-rata aku tampal, celah ketiak, belakang lutut...

Hannah masih menyusu badan lagi sampai skarang, walaupun aku dah juga bagi susu formula. Sebenarnya sejak dalam pantang pun dah campur, sebabnya masa awal2 tu aku kekurangan production, biasa berlaku untuk orang yang 1st time bersalin, so Hannah asyik nangis lapar, tak sanggup nak tengok dia nangis, so terpaksa juga beli susu formula, then bila dah 3 ke 4 hari baru mula banyak, dan bila lepas berurut bertambahlah banyak susu sampai kena pam untuk elak bengkak.

Skarang bila aku ada dia akan menyusu badan, terutama malam, aku tak pernah pun bangun bancuh susu. Sebenarnya dia memang prefer susu badan, sebab dia jenis yang suka memerap dengan mamanya ni, tapi time aku kerja/takde terpaksa la dia minum susu formula. So memang senang sangat, dan jimat sangat. Dalam sebulan purata setin aje susu formula (900g) untuk keperluan dia. Paling seronok time aku balik keje, dia dah senyum2 dah... nampak je muka aku terus cakap "tek..tek..." ooopppsss... hihihihi. Pastu jajan @ snek yang memang slalu kena ada untuk dia makan2 waktu2 lapang, antaranya buah (banana, mango), coklat, biscuits... ada aje tukar2 jenis aku beli untuk dia makan2 sambil2 main tu.

Tapi sejak dah aktif ni, Hannah dah tak berapa suka makan, nasi pun skit, so berat badan pun dah susah nak naik...



nantilah sambung lagi yaaa... :)

Eczema??? ape tu? ini sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit merah-merah, tumbuh biji-biji berair bawah kulit, yang akan sebabkan gatal, bila digaru dan pecah bijiberair tu, kemudian bahagian kulit tu pula akan mengeras, kalau dibiarkan mungkin akan merekah dan pecah dan mengkibatkan luka paling teruk akan berdarah...

Ni antara definisi eczema pada aku yang mengidapnya. sejak bila aku tak pasti, sebab penyakit ni ada pasang surutnya, kadang2 dia senyap aje, masa tu pesakit (aku) terlupa dan mula lalai menjaga kelembapan kulit dan makan main bedal. Then, bila dia menyerang, fuhhh sensaranya hidup ni.

Yang aku ingat masa skolah rendah aku pernah ada eczema di bahagian belakang telinga. kulit di bahagian tu keras, berkuping-kuping, kalau tak sapu ubat boleh berdarah. tapi aku lupa macam mana boleh hilang. pastu ada juga pernah berlaku pada bahagian siku kot, tapi lupa waktu tu aku umur berapa. macam tu la pengalaman aku dengan eczema. skarang dia datang lagi...

Dalam 3 tahun kebelakangan ni, eczema menyerang pada bahagian tapak tangan aku. aku dapat rasakan disebabkan aku terlalu terdedah dengan chemical... memang la ada safety precaution yg perlu dipatuhi, tapi kadang2 tu masa dulu main bedal je especially time membasuh 'pinggan mangkuk' after each experiment. kadang2 dulu aku not even wearing gloves!!! Ya Tuhan...

So akibatnya aku tanggung sekarang, eczema tu memang ada, ditambah lagi dengan aku yang tak mengamalkan langkah-langkah pencegahan (ni dulu time buat Master), so sekarang kulit tangan aku amat la nipis, asyik merah aje, bila tersilap skit ( kena sabun, perfume, atau ape2 aje yang aku pun kurang pasti) cycle eczema tu pun akan terjadi. kulit jadi merah, then ada biji2 air bawah kulit, aku pun rasa gatal2... then garu... dan garu..... dan garu.... pooooopppp!! pecah... the kulit akan keras, berkuping2, tak cantik sangat huhuhuh. kasar jangan cakap la, kadang2 kalau kena salam dengan orang2 malu pun ade... then akan kembali normal, tapi jgn la suka sangat sebab cycle tu akan terjadi lagi dan lagi.

Sebenarya eczema ni penyakit keturunan, dia tak berjangkit even kalau aku salam orang tu terkena darah or cecair dari bahagian eczema tu. Memang tak perlu risau. Dari pembacaan dan research yang aku buat selama bertahun2 huhuhhu... pesakit eczema ni ada risiko asma/lelah, kalau dapat asma/lelah dia tak dapat eczema, kalau dapat eczema tak dapat lelah (Tuhan tu adil, bagi salah satu aje... buat ujian hidup). So aku terpilih untuk dapat eczema. Ini aku warisi dari abah aku. abah memang ada eczema, so no wonder! like father like doter.. heheheh

Aku tak catitkan berapa banyak aku dah habiskan untuk berubat (eczema ni tak leh totally hilang, boleh kurangkan aje, or kalau nasib baik dia akan makin berkurang-berkurang dan berkurang sangat2), macam2 ubat dah aku guna, macam2 dermatologist dan aku jumpa... mana orang cakap baguih aku insyaaallah akan try. Dr Foong Ipoh, Dr Balqis Kelantan, Dr yang benggali di Tanjung Tualang... macam-macam termasuk darul syifa pun aku try.

Paling akhir dengan Dr Foong, aku mula2 pegi Ipoh Specialist, rupanya diorang assign Dr Foong, so better pegi terus klinik dia (murah skit, so aku tak yah bayar pada Ipoh Specialist). So 1st time aku kena RM474, sebab ada patch test. dua hari lepas tu kena Rm330... huhuhu. dalam seminggu aje dah abis 1K. memang penyakit ni 'boros' tul la... so tangan aku pun ok le skit, ade la dalam 3 minggu, then datang balik.... aduhai lah tangan... dalam masa sama aku still oder ubat Dr Balqis Kelantan, RM100+ everytime aku order...

Sampai sekarang my battle againsts eczema ni masih berlaku. aku tak akan putus asa, akan terus usaha mencari ubat, sambil2 control makan dan penggunaan sabun, aku pakau gloves time membasuh, sabun mandi aku lain, oilatum, losyn aku cocoa butter Palmer's. aku comsumed EPO, madu, jus bidadari.... tapi yang pastinya aku sikit pun tak menyesal apa lagi menyalahkan takdir ke menyalahkan nasib ke... sebab aku tau penyakit juga merupakan ujian dari Tuhan, bersyukur sangat aku hanya di uji dengan eczema, jika dibandigkan ujian Tuhan pada orang-orang lain lagi hebat, dan semestinya jiwa mereka pasti lebih berganda hebat dari aku.

Di sudut hati/fikiran aku, terselit keyakinan yang suati hari nanti (aku doa moga cepatla tiba) eczema ni akan mengalah juga... dan harapnya jangan la dia turun pada Hannah atau anak-anak aku yang bakal lahir nanti (heheheh... bila tu? :) )





"The only people without problems are those in cemeteries."Anthony Robbins

Semalam balik dari UTP, sampai umah macam biasa terus main2 dengan Hannah, lupa skejap penat 1h driving. tengok dia gelak, jerit pekik, lari sana sini... semua beban di kepala aku pun hilang entah kemana. tq sayang, U such a good therapy for mama. tak payah mama spend untuk therapy kat mana2... hihihi

Tengah aku relek2 tu, emak bgtau maksu ada call, paksu baru lepas check-up, sepatutnya dia menunggu tarikh for next operation untuk sambungkan usus dia semula... tapi lain pula cerita. sedih sangat bila emak cakap yang Dr bgtau cancer cell tu dah spread out ke hati pula. OMG, Tuhanku besarnya dugaan ini. Satu lagi checkup akan dibuat, kalau tak byk cell cancer pada hati, masih boleh operate buang cancer cell pada hati tu, tapi kalau dah terlalu banyak, tiada apa yang dapat dilakukan. mak cakap, paksu taknak operate buang hati tu, biar apepun keputusannya...

Tergamam aku. sepatah perkataan pun tak terucap dari mulut aku waktu tu. aku tak tau ape patut aku cakap. yang menanbahkan sedih, mak bgtau lagi, kebetulan Tini (anak sulung paksu di Mesir) call paksu nak tanye result checkup tu... nak tak nak diorang kena juga bgtau, supaya andai sesuatu terjadi, dia dah bersedia, for at least!. Ya Allah, Maha Besar Engkau, betapa kecilnya aku, rasanya takterdaya untuk dugaan sebesar ini...

Malam tadi, walaupun byk aktiviti aku buat, namun hati kecil ni tak berhenti asyik terfikir pasal paksu. kesian, sedih, sayu, pilu, semua dah bercampur baur. Apa yang aku mampu buat? aku hanya dapat mendoakan segala yang terbaik buat paksu, aku doakan semoga dia diberi kesihatan yang berpanjangan, dimudahkan segala urusan. dia orang baik, semoga dia tabah menghadapi ujian terhebat ini...












Semalam hari IBU, EMAK, MOMMY... slamat sejahtera untuk emak, semoga emak bertambah sihat, bertambah ceria, bertambah bahagia... semoga segala keindahan di dunia ini dihadiahkan kepada Emak!

Aku bersyukur dianugerahkan seorang emak yang amat penyayang... (rasanya semua emak dalam dunia ni macam tu..) Emak bukan saje menjaga aku masa aku kecil aje, malah sampai sekarang pun masih dok jaga aku lagi.. heheh. mak tinggal dengan aku :) so walaupun aku juga bergelar 'mama' skarang, but still aku anak mak. aku still makan masakan mak tiap2 hari, aku still dengar suara mak tiap2 hari, still mak kejut aku bangun pagi kadang2... still mak urut perut aku time aku sakit perut, still mak tolong kemas bilik aku kalau aku kuar rumah awal tapi Hannah still tido lagi... bangak lagi yang aku masih merasai nikmat bersama emak... Ahamdulillah Ya Rabbi, nikmat terbaik Mu amatlah aku syukuri.

Slalu aku terfikir, atas segala kebaikan emak pada aku adik-beradik, juga pada aku dan keluargaku (Mr hubby n Hannah), apa yang emak dapat??? kalau emak tak susah payah layan kami pun kami tetap sayang emak, tatap bg 'elaun' bulanan, tetap bawak mak jalan2.... dan tetap mak adalah segalanya! ayat biasa aku time mak sibuk2 masak macam2 bila tau adik beradik aku nak balik... " udahle mak, wat ape nak susah2 sangat..." tapi sebenarnya apa yang kita tak tau ialah, segala benda yang kita anggap susah tu, sebenarnya mak gembira lakukan untuk anak-anaknya. pada mata kita nampak susah, tapi pada hati mak, dia rasa bangga, gembira dapat buat segala-gala untuk anak-anaknya. gembira bila anak cucu menjamah masakan air tangan dia, hilang segala penat lelah bila cucu puji masakan 'killer' dia.. hehehe, ini tugas anak Yong yang memang suka memuji orang... bodek le, tapi rasanya budak-budak tu ikhlas....

Aku lagi faham bila aku 'menjadi' ibu. bila Hannah lahir, when my 1st time saw her, hati dah tersentuh, outomatik dah set in mind, aku akan beri segalanya pada dia, akan cuba buat segala yang terbaik untuknya. Ujian pertama aku, rasanya umur Hannah dalam 3minggu, time potong kuku dia yang comel aku terkepit skit isi, berdarah skit jari dia, huwaaaaa..... aku yang menangis lama, dia menangis kejap aje, rasanya nak aje aku potong jari aku kalau itu boleh buat dia tak sakit. Sedih betul, rasanya berhari-hari gak la aku rasa bersalah...

Banyak lagi, tapi tak sanggup nak tulis dah, rasanya ter'menangis' aku jap lagi... gelak je member2 lab aku ni kang!

tapi yang pasti aku amat lah rasa bersyukur, dalam usia begini, masih dapat merasai kasih sayang emak dan emak mertua...

Seminggu berlalu sepantas kerdipan mata saja rasanya, sedar2 jumaat muncul, aku berehat selepas lunch dengan member2 RO, jadi curi2 masa untuk entry ni...

Alhamdulillah, banyak benda sangat yang perlu aku syukuri. Aku masih bernafas, masih mampu teguh semangat mengatur langkah bergelar student. Hari ni banyak juga 'stuffs' yang dapat dibuat. aku dah dapat signature SV for requisition form, GA scheme A and for appointment of co-SV pun, dah past form pada SV, she promise me she will followup with HOD, thanks a lot Dr!! ;)... Aku mohon sangat2 application for full GA tu dapat. Insyaallah, mudah-mudahan rezeki anak, suami dan keluarga.

Minggu ni aku sebenarnya tak run even 1 reaction, just continued the last week reaction yg still not give good 'appearance' pada mata kasar aku. However I still need to stop the reaction today, dah la kalau tak jadi pun biarlah... nanti rugi gas aje. So just nak rotavap for remove the solvent, unfortunately rotavap fully utilized lak. takpelah.

So for this week aku dah baca juga skit literature review, ada gak idea part2 yg sesuai tu, tp belum betul2 look into it... so insyaallah dlm nxweek, huhuhuh, kena ni betul2, jgn janji2 manis di hujung jari ni aje!! nak start juga work on my slide presentation, siap2 skit2 for final sem simposium. Insyaallah kalau focus boleh buat sebab both are on literature review. Believe in yourself Ani!!

Tadi meeting with SV, banyak juga idea untuk my following task. good for me. So this weekend nak prepared which plan aku nak buat next week, kena planning wisely, baru keja jalan lancar. Jap lagi nak jumpa Dr I to ask him to endorsed my chemical requisition form, Ya Allah mudah-mudahan lembutlah hatinya untuk sign.


Usaha + Doa + Tawakal = Berjaya!!

Harini 15/4... aku dah mulai rasa aura tekanan dan cabaran bergelar student ni... huhu. aku dah mula pening skit2 nak draw the research design. tak tau lagi haluan yang tepat, masih samar-samar dan berkecamuk... takpe aku tau ini memang akan berlaku, kena banyak cari literature lagi then study deeply into it, then highlight which route that I willing to focus... Insyaallah

So aku akan usahakan, untuk cari literature as much as possible, read and understood all insyaaallah, then starting to draw my research design. Kiranya pada hujung bulan ni at least aku dah ade my direction, Insyaallah.

So now, ketepikan rasa gusar gundah gulana, fokus, keep away all the messy things inside my mind, len kali leh pikir, Ya Rabbi hantarlah bantuan Mu pada hambaMu ini yang sangat memerlukan bantuan dan panduan, kerniakanlah aku idea dan tunjukkanlah aku jalan yang terbaik bagiku.Hanya padaMu aku meminta...

Semalam meeting with Dr Azmi dia ada give some additional info that I think important for me to take notes. Then, selepas aku berfikir-fikir, rasanya aku kena work on a fews things as my initial steps towards my research:

1. Types of pharmaceutical drugs - there could be many categories, so I need to choose the one that I willing to solve the problems
2. Find the literature reviews that highlight the same problems regarding the chosen pharmaceutical drugs - actually I had a few, but I haven't do anything yet! I'm planning to put all of the info into a table form, so when I need to show to them, it will be easier...

So far I only want to work on these first! Jangan rasa nak buat semua, nanti satu pun tak menjadi... sabar, bertenang, jangan gopoh...

Mon: Labwork + Literature Reviews

Tue: Labwork + Literature Reviews

Wed: Lab demonstrator + marking paper (foundation) + labwork

Thu: Lab demonstrator + labwork + prepare report

Fri: Meeting + labwork

Ni la jadual 'tugasan' aku yang sepatutunya sepanjang minggu. Harap aku dapat disiplinkan diri



Alhamdulillah...

Aku memberanikan diri untuk buka blog ni, walau dalam keterbatasan waktu dan mungkin makin terbatas pada masa2 depan. Tujuan utama ialah untuk menjadi as a journal of my life during my period of studies as a PhD student. Aku nak rekodkan segala suara dari rasa yang akan hadir sepanjang perjalanan istimewa ini.

Aku sedia maklum perjalanan pilihan aku ni bukan mudah, banyak pengorbanan dan keringat yang perlu aku beri, banyak juga cabaran dan ujian yang mungkin masih aku tak terfikir buat masa ini yang mungkin akan terjah aku disana sini. Tapi inilah namanya hidup. Tanpa cabaran dan rintangan, tanpa tangis duka mana akan rasa manisnya senyum, mana akan tahu nilai tawa gembira. Dan paling penting salah satu tujuan aku memilih haluan ini, aku memohon dengan rendah diri kepada Ya Rabbi, agar perjalan ini memberi aku peluang untuk lebih menghampiri Dia, bergantung semua kepercayaan dan harapan, kerana nanti disaat2 aku terduduk, timbul rasa kalah, susah, aku tetap tahu bahawa Dia tetap satu2nya yang pasti ada.

Perjalan ini atas namaku, namun semangat menggunung aku perolehi dari suami tercinta, ibubapa dan anakanda puteri kesayangan. Pengorbanan yang terlalu besar oleh mereka membantu meringankan segala bebanku mana mungkin termampu aku balas! mana mungkin cukup dengan ucapan terima kasih! walau sebanyak mana wang ringgit juga tak mampu menilai pengorbanan dan kasih sayang mereka. Ini juga nikmat hidupku yang aku sangat syukuri dan aku berjanji akan terus berusaha untuk berjaya dalam perjalanan ini, kerana kejayaan aku merupakan kegembiraan mereka jua, dan melihat mereka gembira adalah kegembiraan besar buat aku!

2010, genap umur aku 30thn, aku rasa aku sudah cukup matang dan tegar menempuh badai bergelar PhD student. Insyaallah moga perjalanan ini dipermudahkanNya, dan memberikan aku sebuah memoir yang terindah untuk aku kenang disepanjang hidupku...
















~ni masa Aidilfitri 2009 di rumah mak mertua


About this blog

Ini medan aku meluahkan rasa, mencoretkan kenangan, mengadu luka, memcipta semangat jiwa... Hanya untuk aku sebagai buah tangan dan panduan di hari depan, namun tidak juga lokek jika ada yang ingin sekadar berkongsi...

Ehem-Ehem


ShoutMix chat widget

Followers

Visitors

Search This Blog