
Alhamdulillah... syukur Allah beri kesempatan untuk menikmati kehidupan di awal tahun 2011. walaupun agak lambat juga aku menulis di tahun baru, dah masuk minggu ke dua pun, tapi tetap juga nak buat satu posting berkenaan tahun baru.
Sedang semua orang sibuk nak ke tahun 2010, aku dikejutkan dengan pemergian subordinate aku iaitu En Talib, pada 29.12.2010. Arwah berumur 51thn, meninggal sebab serangan jantung. hari sebelum tu dia masih datang bekerja, memang dia tak berapa sihat, tapi pemergian dia sangat mengejutkan dan aku terasa sangat sebab dia juga tempat rujukan aku dalam banyak perkara. Semoga arwah dicucuri rahmat dan moga segala ilmu dan jasa baik arwah diberi ganjaran pahala.
Walaupun tahun baru, kehidupan tetap seperti biasa. pergi kerja balik kerja. bila la nak pencen agak2nye. hihihi. Takdelah, aku belum puas bekerja lagi, kalau pencen mau mati kutu aku dibuatnya. Tahun baru ni biasa la mesti nak set azam baru, even last ye punya azam pun tak tentu dah capai ke belum....
Azam aku tak banyak sangat pun ada 2 aje:
1. Nak tambah baik solat - solat di awal waktu, solat dgn ikhlas bukan kerana rutin
2, Nak berjimat - bukan ikat perut tapi belanja dengan berhemah
Ni aje dua azam aku tahun ni.... agak2 mampu ke aku buat? kalau nak semua boleh... Insyaallah.
Selain dari tu aku gak dah tanggalkan implanon aku 3rd Januari aritu... yeyehhhh. Buat kat klinik swasta kat Manjung aje. Alhamdulillah, semuanya lancar aje, memang la sakit skit tu pun bila ubat bius dah hilang, tp tak la sakit sgt, macam sakit jari terpotong pisau aje. Insyaallah aku dan suami planning nak tambah anak tahun ni, Hannah pun dah nak masuk 3thn, rasanya dah sesuai sgt dah. Moga2 doa kami diperkenankan Allah.
Lengan kanan - sebaik saje keluar klinik